Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang gadis yang menjadi mangsa ‘body shaming’ gara-gara melakukan video mengenakan make up menerusi aplikasi ‘siaran langsung’ di salah sebuah platform media sosial.
Perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang di hari ramai pihak termasuklah pelakon, Que Haidar.
Menurut Que Haidar, dia menyifatkan kelakuan tersebut sebagai menjijikkan lebih-lebih lagi buat mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang normal.
View this post on Instagram
“Baca komen-komen mereka buat saya mual. Perkara macam nilah yang buat saya rasa jijik. Kata-kata manusia yang sibuk menghitung kelainan orang lain. Menjadikan ianya normal tanpa sedar mereka menunjukkan mcm mana didikkan parents mereka.
“Mereka rasa ianya biasa, menjadikan fizikal sesama kita sebagai hiburan, SICK!! Apa-apa yang berbentuk body shaming, racist memang tak patut kita normalkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon filem, Lagenda Budak Setan ini turut beranggapan budaya seperti ini banyak didorong oleh pengaruh rancangan-rancangan hiburan di kaca televisyen masa kini.
“Antara penyumbang untuk mereka rasa perkara ini ok bila mereka tonton perkara ini dikaca TV/rancangan hiburan. Jadi tanggungjawab kita besar dengan pengaruh yang kita ada.
“Hidangkanlah pengaruh yang baik-baik kita sesama kita hanya perlu jadi lebih baik. Kita tak perlu untuk ke Universiti untuk belajar lebih beradab,” katanya lagi.
Sementara itu, Que Haidar turut memberikan kata-kata semangat buat gadis tersebut.
“Untuk adik ni, abang doakan semoga awak terus berjaya dalam apa-apa pun yang awak buat. Insyallah ramai yang sokong awak,” akhirnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa yang sama selain turut menyeru orang ramai supaya memberhentikan budaya tidak sihat ini.
Sumber: Instagram Qur Haidar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI