Hasrat penyanyi, Shiha Zikir untuk sekali lagi menampilkan kelainan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) nampaknya tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Menurut Shiha, idea untuk membawa 200 buah dron yang diimport daripada Australia telah ditolak oleh pihak penerbit disebabkan faktor veneu yang kurang sesuai.
“Saya dan team akan sentiasa berfikir konsep yang belum pernah dibuat. Saya mahu persembahan saya ini disebut sehingga ke negara luar.
“Sebelum ini, persembahan saya mendapat perhatian warga Indonesia.
Saya tak mahu penonton hanya sekadar melihat tapi merasai sekali persembahan saya.
“Saya sebenarnya sudah menempah untuk membawa 200 dron untuk datang ke penonton dan akan keluarkan bentuk-bentuk menarik ketika persembahan.
“Namun, idea itu telah ditolak oleh penerbit. Ia tak sesuai dengan venue AJL kerana memerlukan ruang terbuka yang agak besar,” katanya kepada MH.
Jelas pemenang kategori Persembahan Terbaik AJL37 ini lagi, dia akur dengan keputusan tersebut dan tidak mahu mengambil sebarang risiko.
“Saya kecewa sebenarnya tapi harus akur. Dron tersebut memerlukan ‘mapping’ yang harus diset daripada bawah.
“Jadi, mereka risau sekiranya dron tersebut terjatuh dan terkena penonton di dalam Axiata Arena.
“Penerbit pun suka idea itu tapi disebabkan faktor keselamatan, mereka kena tolak.
“Kita pun tak nak apa-apa yang berlaku ketika persembahan. Saya reda dan cuba ubah perancangan yang lain,” katanya ketika ditemui di program Meet And Greet AJL38 pada Ahad.
Ditanya mengenai saingan terdekat di AJL38, Shiha memaklumkan fokusnya kini hanyalah untuk dirinya sendiri.
“Setiap kali AJL, saya tak pernah nak bersaing dengan sesiapa. Espektasi untuk menang itu sangat rendah sebab saya tak mahu kecewa.
“Namun, saya sanggup keluarkan bajet besar tapi kemenangan itu bukan keutamaan. Seperti tahun lepas, saya keluarkan bajet lebih RM100,000 tapi hadiah kemenangan hanya RM12,000.
“Kalau saya fikirkan kos, memang tak masuk akal tapi pihak saya sangat sukakan elemen persembahan. Ini juga cara saya hargai platform AJL.
“Inilah cara saya memberi semula. Setidaknya mereka yang mengundi lagu saya akan rasa berbaloi,” akhirinya.
Terdahulu, Shiha bakal berentap di AJL38 menerusi lagu Kalam.
AJL38 bakal berlangsung pada 3 Mac ini dan akan disiarkan secara langsung di saluran TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI