Meskipun hubungan bersama isteri sudah berakhir, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menegaskan hubungan kekeluargaan yang telah terjalin selama ini tidak akan pernah berubah.

Menurut Fazley, anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaannya bersama bekas isteri demi memastikan mereka mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

“Saya, Azrene dan anak-anak berada dalam keadaan baik dan tiada masalah. Kalau anda melihat hantaran di Instagram kami pada semalam dan kelmarin, hubungan kami masih seperti biasa.

“Walaupun kami berpisah di dalam akad dan bukan lagi bergelar suami isteri, tapi hubungan kekeluargaan itu masih utuh seperti mana 18 tahun kami bersama.

“Anak-anak juga tidak merasakan sebarang kekangan diantara hubungan saya dan Azrene.

“Hubungan kami masih sama. Group Whatsapp juga masih sama. Nak berjumpa dan pergi makan pun masih di tempat yang sama,” katanya.

Ads

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada empat orang cahata mata itu menerusi hantaran mesej di Whatsapp.

Katanya lagi, dan bekas isteri akan terus bekerjasama untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan baik.

“Yang membezakan kehidupan kami sekarang adalah hubungan kini bukan lagi berlandaskan suami isteri.

“Saya percaya, penceraian itu bukan bermakna berakhirnya sebuah kasih sayang dan hubungan kekeluargaan.

Ads

“Anak-anak juga tidak perlu menderita dalam perpisahan,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Fazley turut memanjatkan rasa syukur kerana anak-anaknya itu faham dengan situasi yang harus dilalui dirinya dan bekas isteri.

“Apa yang boleh saya kongsikan sebagai pegangan termasuklah buat bekas isteri dan anak-anak, tidak semua yang pahit itu racun dan tidak semua yang manis itu madu.

“Kehidupan itu harus diteruskan. Anak-anak juga memahami dan menghormati keadaan kami.

Ads

“Kepada rakan media, terima kasih banyak kerana melaporkan dengan seadil-adilnya,” akhirnya.

Terdahulu, menerusi satu kenyataan pada Selasa, Fazley mengesahkan dirinya telah bercerai dengan isteri, Azrene Soraya Abdul Aziz.

Menurut Fazley, dia telah pun memfailkan penceraian beberapa bulan lalu dan tempoh iddah telah pun tamat.

Sekadar informasi, hasil daripada perkahwinan hampir dua dekad itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah 13 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma kini berusia 7 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI