Pelakon, Diana Amir akui teruja saat melihat anak-anaknya bersemangat untuk mempelajari ilmu menunggang kuda yang juga merupakan salah satu sunnah Baginda Rasulullah SAW.

Menurut Diana, meskipun ini merupakan kali pertama anak-anaknya itu melakukan aktiviti berkuda, namun tiada sedikit pun rasa gentar yang ditunjukkan oleh mereka.

“Mereka Tak Takut…,”- Didik Cintai Sunnah Rasulullah Sejak Kecil, Diana Amir Seronok Anak-Anak Teruja Belajar Berkuda “Mereka Tak Takut…,”- Didik Cintai Sunnah Rasulullah Sejak Kecil, Diana Amir Seronok Anak-Anak Teruja Belajar Berkuda

“Anak-anak first time nak bermanja dengan kuda, alhamdulillah diorang tak takut. Hype kan diorang dari semalam and bila jumpa tu diorang rasa sayang dekat kuda.

“Cuma kesian Khadija 5 tahun. Tempat kitorang pergi semalam 6 tahun ke atas je boleh enroll horse riding session.

Ads

“Dia cuma boleh naik kuda yang jalan slow-slow tu, tapi Khadija nak belajar jadi pro juga lol. Ada tempat lain ke yang korang tau boleh bagi budak 5 tahun belajar? Boleh mummy nya join masuk kelas sekali,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, 7 Petala Cinta itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Mereka Tak Takut…,”- Didik Cintai Sunnah Rasulullah Sejak Kecil, Diana Amir Seronok Anak-Anak Teruja Belajar Berkuda “Mereka Tak Takut…,”- Didik Cintai Sunnah Rasulullah Sejak Kecil, Diana Amir Seronok Anak-Anak Teruja Belajar Berkuda “Mereka Tak Takut…,”- Didik Cintai Sunnah Rasulullah Sejak Kecil, Diana Amir Seronok Anak-Anak Teruja Belajar Berkuda

Ads

Menerusi posting yang sama, Diana turut berkongsi beberapa video yang memaparkan telatah anak-anaknya sewaktu melakukan aktiviti bersama kuda.

Katanya lagi, dia juga sebolehnya mahu mendidik anak-anaknya itu untuk mencintai Rasulullah dengan mengikuti segala sunnah-sunnahnya sejak usia mereka masih kecil.

“Hidupkan sunnah berkuda dalam keluarga. Semoga anak-anak terus belajar dan memahami kelebihan dalam apa yang dicintai Nabi Muhammad SAW,” kongsinya lagi.

Ads

“Mereka Tak Takut…,”- Didik Cintai Sunnah Rasulullah Sejak Kecil, Diana Amir Seronok Anak-Anak Teruja Belajar Berkuda “Mereka Tak Takut…,”- Didik Cintai Sunnah Rasulullah Sejak Kecil, Diana Amir Seronok Anak-Anak Teruja Belajar Berkuda “Mereka Tak Takut…,”- Didik Cintai Sunnah Rasulullah Sejak Kecil, Diana Amir Seronok Anak-Anak Teruja Belajar Berkuda

Terdahulu, Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra, dan Muhammad Khalid Al Habib.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Diana Amir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI