Pelakon terkenal, Kamal Adli turut terkesan apabila isterinya yang juga merupakan aktres, Uqasha Senrose sering kali menjadi mangsa sindiran netizen gara-gara masih belum dikurniakan zuriat.

Menurut Kamal, segelintir netizen memang beniat untuk menyakiti hati orang lain demi memenuhi keinginan pelik mereka.

“Mereka Usaha Beri Komen Pedas…,” – Uqasha Disindir Sebab Belum Ada Zuriat, Kamal Adli Terkesan

“Saya memang kesian dengan dia. Saya pun dah bercakap dengan Uqasha untuk tidak kerap membaca komen di media sosial.

“Orang sekarang ini memang suka dan mereka hanya mahu memancing kita dengan memberikan respon terhadap komen-komen mereka itu.

“Mereka akan usaha berikan komen yang paling ‘pedas’ dan bangga bila kita berinteraksi bersama mereka,” katanya kepada MH.

Kamal berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama terbaharu, B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit baru-baru ini.

Ads

“Mereka Usaha Beri Komen Pedas…,” – Uqasha Disindir Sebab Belum Ada Zuriat, Kamal Adli Terkesan

Bintang kelahiran Hero Remaja 2007/08 ini memaklumkan dirinya harus sentiasa mengingatkan Uqasha agar tidak mempedulikan komen-komen negatif di media sosial.

“Yang faham situasi kami ini hanyalah saya dan Uqasha. Orang lain tidak akan faham apa yang kami lalui. Sebagai contoh, apabila Uqasha mengalami keguguran, hanya kami sahaja yang merasai perkara itu.

“Orang luar hanya tahu menilai dan mungkin mereka meletakkan dirinya mereka di tempat yang paling mulia. Saya pesan banyak kali kepda Uqasha untuk tidak pedulikan orang luar.

“Mereka tak peduli pun fasal kita. Fokus pada kerja dan kesihatan kita sahaja. Jangan kerja terlalu lasak sehingga boleh membahayakan kesihatan,” ujarnya lagi.

Ads

“Mereka Usaha Beri Komen Pedas…,” – Uqasha Disindir Sebab Belum Ada Zuriat, Kamal Adli Terkesan

Pada masa sama, Kamal akui agak risau dengan trend media sosial masa kini yang dipenuhi dengan orang-orang yang tidak jujur.

“Saya tak kisah Uqasha nak kongsikan apapun di media sosial tapi jangan peduli apa yang orang cakap kerana dia akan makan diri sendiri. Sebab itu juga saya jarang aktif di media sosial ketika ini.

“Makin hari, tingkah laku orang ramai makin pelik di media sosial. Saya tertanya-tanya mengapa mereka sebegitu? Dunia ini macam dah terbalik.

Ads

“Kalau mereka berkongsi fasal kehidupan mereka yang hebat contohnya dari segi kereta, pada saya, orang tidak akan berkongsi fasal perkara sedih atau susah.

“Jangan percaya apa yang ditunjukkan di media sosial kerana mereka hanya ingin menunjuk apa yang kita nak tengok sahaja. Mereka nakkan pujian. Banyak orang tak jujur di media sosial,” akhirinya.

“Mereka Usaha Beri Komen Pedas…,” – Uqasha Disindir Sebab Belum Ada Zuriat, Kamal Adli Terkesan

Terdahulu, Uqasha dilaporkan telah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada 2022.

Sekadar informasi, Kamal dan Uqasha telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI