Penganjur Seafood Festival 20204 yang dibawakan khas oleh FriedChillies, Mohd Adly Rizal menyifatkan 15 vendor yang menyertai acara selama dua hari bermula hari ini di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur sebagai selebriti kepada penggemar hidangan berasaskan hasil laut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies & Kaki Makan itu, penganjuran Nasi Kandaq Fest 2023 yang viral sebelum ini menjadi pembakar semangat pihaknya untuk meneruskan acara berkonsepkan festival makanan namun kali ini mengetengahkan makanan laut (seafood).
“Bagi kami sebagai pencinta makanan, merekalah artis kami. Malah sebagai ‘hero’ kepada penggemar makanan berasaskan makanan laut (seafood) yang gigih berniaga siang dan malam.
“Malah, ada yang sanggup turun ke laut untuk mencari hasil laut yang segar demi acara ini. Jadi, inilah sebab kami mahu memperkenalkan mereka kepada semua. Itulah keunikan Seafood Festival 2024,” kata Adly.
Namun begitu, Adly mengakui kepentingan selebriti atau pempengaruh media sosial untuk tujuan pemasaran.
“Bagaimanapun, kami tidak menafikan pentingnya pengaruh selebriti sebagai salah satu rangka promosi, namun kami percaya adanya kelompok peminat makanan laut. Malah, kami sasarkan 15,000 pelanggan sepanjang dua hari berlangsung.
“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” ujarnya.
Ads
Ditanya tentang pemilihan seafood untuk tarikan karnival makanan kali ini, Adly percaya ramai yang menggemari makanan yang berasaskan hasil laut.
“Kami sudah menganjurkan program seumpama ini lebih 10 tahun lalu. Kami bermula dengan perniagaan makanan nasi lemak, burger, ayam goreng, nasi kandar dan kami meneruskan acara dengan makanan hasil laut, Seafood Festival 2024.
Ads
“Orang rasa makanan seafood mahal, tapi untuk hari ini kebanyakan vendor kami menawarkan harga yang berpatutan namun masih mengekalkan kualiti terbaik.
“Malah, ada juga disediakan hidangan unik yang mesra muslim, kesemua 15 vendor menampilkan hidangan signatur tersendiri,” tambahnya.
Antara vendor yang terlibat dalam Seafood Festival 2024 ialah Kingu Kongu, Seafood spread dari Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan Bakar Bellamy, Sushika, Crispy Chippy, Top Catch, Bolok Troops, Udang Galah dari MRos dan oyster segar dari Penang Oyster Park.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa kepada pelakon, Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson kembali mengenang profesion yang pernah dibawanya ketika tinggal di Australia sebelum ini.
Zainol mendedahkan, dia pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan ketika menetap di Perth dan jelasnya, di sana dia digelar sebagai ‘Security Officer’.
“Bila saya tengok pengawal keselamatan kat M’sia, teringat kembali zaman saya bertugas sebagai pengawal keselamatan di Perth.
“Kat sana, dia org tak sebut Security Guard, dia sebut Security Officer! Pakaiannya pun kemas.
“Peralatan yg disediakan ketika bertugas: Chotar besi (extendable) gari, pepper spray cecair pemedih mata) & 2 way radio, kad kuasa & gaji nya pun baik,” jelasnya.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon ini menerusi satu hantaran di Instagram buat tatapan umum bersama beberapa foto kandidnya waktu bertugas.
Hantaran tersebut mendapat perhatian peminat yang turut meninggakan komen yang pelbagai.
Foto: Instagram Zainol Macwilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyifatkan hukuman yang dikenakan kepada 15 orang yang dipercayai terbabit kes memasak mi segera di sebuah stesen minyak adalah agak rendah.
Menurut Micheal, denda berjumlah RM500 dikatakan tidak setimpal dengan perbuatan mereka yang langsung tidak memikirkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.
“Orang miskin curi pampers untuk anak kena penjara. Beruk-beruk bodoh masak kat petrol station kena RM500 sahaja. Sangat tidak adil.
“Kalau aku hakim, takkan tak boleh bezakan orang yang terdesak dan terpaksa mencuri dengan beruk-beruk Honda tak berotak tergedik-gedik pergi masak dekat petrol station yang boleh merberhaya hidup orang lain.
“Ni Mesti ada sesuatu yang tak kena. 500 Ringgit je?
Pandangan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Polis Evo 3 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Michael turut mencadangkan agar pihak stesen minyak turut mengambil tindakan agar perkara ini dapat dijadikan pengajaran buat masyarakat.
“Okay sekarang jom kita kempen untuk Petron Malaysia pula saman beruk-beruk ni untuk kecuaian mereka. Beruk-beruk Malaysia ni kena ajar sikit,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar perbuatan ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
“Saya setuju. RM500 tidak setimpal dengan risiko perbuatan mereka yang akan memberi impak besar jika berlaku kecelakaan. Setuju jika mereka dipenjarakan kerana ini bukan lagi kecuaian tapi berbentuk show off dan telah mencabar undang-udang.
“Patut duduk dekat dalam tu lama sebab kurang cerdik susahkan orang lain bila masak di situ.
“Betul tu Mike. Rokok pun dilarang hisap dekat stesen minyak. Inikan pula masak dengan berdapur bagai. Kalaulah masa tu terjadi sesuatu bencana, rasa-rasa RM500 tu berbaloi tak untuk ajar orang yang otak sengkek tu?,” antara komen-komen netizen.
Memetik laporan Buletin TV3, Majistret Nadhratun Naeiem Zainan mengarahkan kesemua tertuduh untuk membayar denda RM500 selepas didapati bersalah kerana memasak mi segera menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Taman Cendawan, Genting Highlands, Pahang pada 12 Mei lalu.
Kesemuanya dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!