“Merendah Diri, Bersedekah Dan Ingat Rezeki Datang Dari Allah,” – Dedikasi Pekin Ibrahim, Nasihat Buat Suri Hatinya Mona Allen

Share

Pelakon dan pengrah Pekin Ibrahim, ada meraikan sambutan ulang tahun kelahiran buat isteri tercinta, Mona Allen lalu ia diabadikan di Instagram.

Meski disambut secara sederhana bersama sebiji kek, si isteri yang dirai turut berkongsi foto kucupan mesra dari si suami di pipi.

Pada masa sama, bintang filem Suatu Ketika itu ada memberikan ucapan seterusnya menitip pesanan buat suri hatinya itu.

“Selamat Hari Ulang tahun kepada isteriku @mona.allen, supaya 2020 Allah memberi u kesihatan yang baik, rezki yg melimpah ruah, dan segala perancangan kita di permudahkan & di berkati oleh Nya.

”Merendah diri, bersedekah, dan sentiasa ingat rezki itu datang dari Allah. Sebagai anak seni, berkaryalah, dan sentiasa sedar ruang & terus belajar utk memperbaiki diri.

”InsyaAllah akan di kenang sampai bila-bila. Amin, love u,” tulis Pekin sambil disambut dengan ucapan doa serta dedikasi dari peminat.

Terharu atas titipan kata yang diberikan, Mona dilihat turut memberikan respon.

Terdahulu, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Foto: Instagram Pekin Ibrahim

Published by
MH