Entri terbaharu Mizz Nina di laman Instagram mendapat perhatian ramai susulan perkongsian kapsyen panjang yang diberikan.
Menerusi muat naik berkenaan, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkongsikan ayat dalam surah Al-Baqarah untuk renungan bersama.
“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.
“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita.
“Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.
Ads
“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan.
“Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.
“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” tulisnya.
Menerusi entri itu juga, Mizz Nina turut menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT.
“Sesungguhnya hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah di sebaliknya atau tidak.
“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya lagi.
Ads
Terdahulu, timbul dakwaan yang kononnya rumah tangga Mizz Nina bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bermasalah.
Bagaimanapun, Noh baru-baru ini menafikan perkara tersebut dan berkata itu hanyalah satu berita palsu.
Untuk rekod, pasangan selebriti itu berkahwin pada 1 Julai 2011. Mizz Nina dan Noh pada Mac lalu mengumumkan mereka mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mizz Nina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Beberapa hari lalu, penyanyi dan pelakon Sharul Kamal ada mendedahkan dia antara individu yang tidak menyukai penyanyi, Haqiem Rusli tidak lama lalu.
Bagaimanapun, Sharul merakamkan rasa syukur apabila penyanyi yang sinonim dengan lagu Tergantung Sepi itu sudah pun memaafkan dirinya serta rakan industri yang pernah membencinya suatu ketika dahulu.
“Aku manusia biasa yang berdosa. aku antara orang yang benci haqiem masa kes dia dulu. Tapi aku sedar aku tak ada hak judge dia.
“Aku bersyukur dia maafkan aku. Untuk fans haqiem, korang memang tak salah pilih dia. Terima kasih qiem,” tulisnya menerusi akaun Twitter.
Aku manusia biasa yang berdosa. aku antara orang yang benci haqiem masa kes dia dulu. Tapi aku sedar aku tak ada hak judge dia. Aku bersyukur dia maafkan aku. Untuk fans haqiem, korang memang tak salah pilih dia. Terima kasih qiem @HaqiemRusli ❤️❤️❤️ pic.twitter.com/ismPNsxKdR
Dalam Tweet yang dilayangkan itu, bintang yang mulai dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia 2015 turut berkongsi paparan perbualan bersama Haqiem Rusli.
Lalu di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap bintang muda itu yang tidak takut untuk mengakui kesilapan seterusnya cuba untuk menjernihkan kembali situasi.
Sharul sebelum ini pernah muncul menerusi beberapa buah single selain turut aktif berlakon dalam drama tempatan.
Sementara itu, Haqiem seperti yang dipetik mStar menjelaskan dia terpanggil untuk memberi sokongan kepada Sharul selepas membaca salah satu Tweet yang ditulis penyanyi berkenaan.
“Apabila saya ternampak tweet Sharul, saya sebagai orang yang pernah rapat dengan dia takkan nak biar saja dia macam tu? At least, bagi sikit kata-kata semangat untuk dia,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Haqiem turut berpendapat bahawa setiap insan seni yang berada dalam industri perlu kuat.
“Sebenarnya apabila jadi artis ni kita hidup dalam kebencian orang, kita hidup dalam kepujian orang. Orang lain tak tahu apa yang kami rasa.
“Mereka hanya boleh mengecam, jadi keyboard warrior, sebab mereka tak ada kat tempat kami. Jadi, kebanyakan daripada mereka menilai tanpa selidik apa yang berlaku,” tambahnya lagi.
Foto: Instagram Sharul Kamal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Demikian bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang menerima notis tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta walaupun sudah bercerai tiga tahun lalu.
Dr Hafiz yang ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis enggan mengulas lebih lanjut berhubung tuntutan yang dibuat oleh bekas isteri pada Oktober tahun lalu.
“Terlebih dahulu saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak mahu beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.
“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” kata Dr Hafiz.
Peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh berkata, keberadaan kedua dua belah pihak hari ini adalah untuk menguruskan dokumen berkaitan mut’ah.
“Mut’ah secara asasnya adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai. Jadi Lufya ada membuat tuntutan tersebut pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.
“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses Sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul lah ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.
“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, Lufya yang turut hadir ditemani peguam kelihatan sugul dan mengelak daripada ditemu bual pihak media.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan ushawan, Neelofa kini hadir pula dengan koleksi lip-matte terbaru menerusi kerjasamanya bersama ibu tercinta, Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi koleksi Young & Glow X Neelofa.
Menampilkan enam rona berbeza, pilihan warna memikat Young & Glow X Neelofa ini dinamakan secara unik dan ‘catchy’, sesuai mengikut sisi peribadinya sebagai usahawan dan anak seni.
Enam warna tersebut adalah Lotus, MRSM, Tiga, Aquarius, Nona dan Kelantan.
“Lotus atau teratai merupakan maksud di sebalik nama saya sendiri. Walaupun ejaan asalnya, Nilufar membawa maksud teratai biru, namun, ia secara keseluruhan memakili nama saya.
“MRSM pula merupakan tempat di mana saya menimba ilmu, iaitu MRSM Langkawi sementara Tiga pula mewakili status saya sebagai anak ketiga dalam keluarga,” ujar Neelofa.
Personaliti yang turut diberi gelaran mogul fesyen itu turut menerangkan, pemilihan nama Aquarius, Nona dan Kelantan dipilih kerana nilai sentimental yang ada pada ketiga-tiganya.
“Seperti semua sedia maklum, Aquarius merupakan zodiak kelahiran sementara penglibatan saya sebagai pengacara Nona pula dilihat telah berjaya memacu kerjaya seni dan bisnes sehingga ke hari ini.
“Untuk rona terakhir, saya memilih Kelantan memandangkan saya dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan,” katanya.
Mengenai kuantiti jualan Young & Glow X Neelofa pula, hos MeleTOP ini turut menjelaskan, 50,000 unit telah pun ditempah sebelum koleksi berkenaan dilancarkan pada Jumaat depan.
“Kami mengeluarkan lip-matte ini dalam kuantiti yang sangat terhad. Jika koleksi pertama ini habis, kami tidak akan mengulang edar.
“Hal ini kerana, kami akan mengeluarkan warna yang berbeza pada koleksi yang akan datang,” katanya lagi.
Neelofa terdahulu rancak menghadiri minggu di luar negara selepas mendapat undangan daripada beberapa jenama terlibat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!