Syawal dirai dengan penuh kegembiraan dan pastinya, amalan saling memaafi sesama keluarga menjadi aktiviti wajib bagi umat Islam yang meraikan.
Meski tahun ini kita meraikan dalam penuh kesederhanaan berikutan situasi semasa yang melanda dunia, namun itu bukanlah alasan untuk kita merakam momen istimewa bersama yang tersayang.
Pada masa sama, persalinan baju raya yang serba baru turut sama menjadi perhatian, pelbagai rekaan dan warna. Memang menawan.
Jadi, jom ‘usha’ ootd mereka di hari pertama Syawal.
Satu perjuangan yang harus dicontohi apabila personaliti hebat dalam dunia keusahawanan, Datuk Faridah Hanim Haron bernekad bantu ramai usahawan yang terjejas kerana pandemik COVID-19.
Walaupun masih sakit di bahagian tulang belakang, leher dan beberapa bahagian dalaman tubuh akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, beliau masih bersemangat waja dalam meneruskan azam murni.
Faridah Hanim yang lebih mesra dipanggil Ibu Hanim ini, tidak melihat kesakitan yang dialami sebagai penghalang untuk melihat usahawan-usahawan muda terus mencapai kejayaan.
“Kebanyakan usahawan di negara kita boleh bertahan hanya lima tahun. Peranan ibu adalah untuk menurunkan ilmu kepada para usahawan agar lebih bertahan lama dalam bisnes yang diusahakan.
“Ibu sendiri berpengalaman bekerjasama dengan beratus-ratus syarikat untuk membantu mereka, supaya lebih bertahan lama.
“Jadi, dalam keadaan negara kita diserang pandemik COVID-19, Ibu rasa seperti Ibu membiarkan anak-anak (usahawan) ‘lemas’.
“Jadi, ibu sanggup terlibat dalam program televisyen yang berkaitan usahawan. Itu salah satu langkah untuk ibu berdakwah dalam masa yang sama membantu mereka untuk terus bangkit,” katanya.
Beliau turut sama terlibat dalam program televisyen realiti usahawan iaitu Legasi Perwira 2021 dan di dalam program berkenaan, Ibu Hanim mencurahkan banyak ilmu keusahawanan kepada para usahawan yang terlibat.
Antaranya ialah Leyna, De’Xandara, By Chefiza, Andorra Hospital, NFF Boutique Gallery dan Jamu Tun Teja.
“Bukan mudah untuk menyiapkan program ini, tapi semua itu dianggap Ibu anggap sebagai satu perjuangan. Ibu lawan sakit, lawan penat untuk menghasilkan program ini.
“Ibu sangat ingin menjayakan program ini kerana Ibu mahu lebih ramai lagi di seluruh Malaysia untuk tahu apa sebenarnya perjuangan kita (dalam bidang keusahawanan).
“Bagi ibu, kuntungan yang dibuat bukan hanya mencecah jutaan ringgit, tetapi perlu puluhan juta,” ujarnya yang menekankan pengisian program ini boleh menjadi inspirasi buat semua usahawan besar atau pun kecil.
Pelbagai petua atau tip dalam keusahawanan yang akan dikongsi oleh Ibu Hanim dalam program Legasi Perwira 2021.
Program Legasi Perwira merupakan sebuah program realiti usahawan yang memaparkan pendekatan Ibu Hanim dalam mendidik usahawan agar terus maju dan berkembang.
Dengan tagline Usahawan Nadi Negara, program ini akan menampilkan enam usahawan dari industri berbeza untuk berkongsi kisah inspirasi dan jatuh bangun mereka sebelum dan ketika menghadapi pandemik COVID-19.
Semuanya dirungkai dalam program Legasi Perwira terbitan Annems Leadership Solutions dengan kerjasama District L.E Production.
Untuk itu, jangan lupa tonton Legasi Perwira yang disiarkan di TV AlHijrah setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 8 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah ada berkongsi cerita bersama pengikutnya ketika membeli satu barang di sebuah kedai barangan.
Kongsi Shahirah, dia telah membeli satu alat pendengar telinga (headphone) buat anaknya.
Bagaimanapun, Shahirah mendapati barang yang dibeli tidak disertakan dalam kotak.
Lalu, pelakon berusia 46 menasihati kepada netizen untuk sentiasa berhati-hati ketika membeli sesuatu barang di kedai.
Jelas Shahirah, dia tidak mahu pembeli ataunetizen menjadi mangsa pada masa depan.
“Ini bukan nak komplain tapi nak beritahu, pergi beli dekat DIY, kalau korang beli apa-apa buka kat dalam tengok sebab bila balik tengok dalam dia kosong.
“Mungkin ada pihak yang mencuri, dia ambil barang dalam sahaja. Kena tengok kalau tak nanti kena macam saya.
“Tengok barang dalam kotak sebab kotak tak berbuka, tapi dalamnya kosong. Jadi berhati-hati lah,” katanya.
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.