Penyanyi Noorshila Amin mendedahkan dirinya rasa dihargai atas usaha yang diberikan terhadap persembahan menerusi lagu Vroom Vroom di saingan minggu ketujuh Gegar Vaganza 6 (GV6), Ahad lalu.
Pujian yang diberikan pihak juri sejurus selesai membuat persembahan memberikan semangat untuknya terus memberikan yang terbaik.
Jelas bintang yang mesra disapa Mama ini lagi, dia juga terkejut apabila namanya diumumkan pada kedudukan keempat di kalangan lapan peserta lainnya yang masih kekal dalam saingan.
“Selama tujuh minggu konsert, kiranya saya selalu dapat kedudukan bottom 3, jadi apabila nama diumumkan pada kedudukan keempat, rasa sangat terkejut.
“Sudah tentu rasa berbaloi dengan usaha yang lakukan minggu ini diterima. Dapat kedudukan keempat tu kira macam dihargai.
“Meski berada di kedudukan corot, tapi saya tetap akan buat. Cuba untuk usaha semampu yang boleh,” akuinya.
Pada masa sama, Shila juga tidak menafikan elemen tarian serta kreativiti memberi impak di dalam persembahan.
“Saya sendiri tidak pasti mengenai persembahan kali ini. Mungkin kerana keupayaan saya menari dengan penari. Malah mungkin juga lagu yang turut membantu.
“Saya dengan suara yang besar, jadi cabaran untuk nyanyikan lagu Vroom Vroom. Alhamdulillah andai ramai yang suka.
“Bila kena nyanyi lagu dari penyanyi baru, rasa macam ‘eh mak-mak baru nak up pula’.mApa pun, saya cuba yang terbaik. Anak-anak pun sangat membantu.
“Misalnya pada awal lagu itu ada diselitkan elemen Tango, ia adalah hasil dari gabungan idea suami dan anak-anak.
“Saya pernah dengar lagu tersebut dan bila dapat tugasan itulah, kiranya hari-hari hingga beratus kali dengar lagi,” seloroh Shila yang bakal bersaing menerusi lagu Samar Bayangan yang dipopularkan oleh Nicky Astria.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
https://www.youtube.com/watch?v=x4oOv0R0M3A
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI