Nama selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menjadi topik perbualan wargamaya apabila figura terkininya yang menampakkan ‘baby bump’ kian jelas kelihatan sewaktu menghadiri majlis sebuah jenama fesyen antarbangsa terkenal, pada Rabu.
Malah menerusi beberapa foto terkini yang dikongsikan adiknya, Ameera Khan ia seolah-olah menguatkan lagi teka-teki ramai yang mendakwa bekas hos MeleTOP itu sedang hamil anak sulung berdasarkan penampilannya.
View this post on Instagram
Foto berkaitan turut dikongsikan Ameera di Insta Stories.
Sementara itu Neelofa yang berkongsi foto di acara sama turut menerima reaksi pelbagai wargamaya.
Ada yang mulai menitipkan doa dan tidak kurang yang memuji wajahnya yang berseri serta persalinan longgar yang dikenakan.
View this post on Instagram
“Comey sokmo Lofa Ni. Bila preggy koho comey,” tulis seorang wargamaya.
“Berseri-seri bakal Mommy ni,” puji wargamaya lain.
“Memang Nekfa pregnant sebab dah tengok video yang jelas Neelofa dekat TikTok. Semoga dipermudahkan bersalin,” doa wargamaya.
“Makin berseri-serilah Mommy to be ni,” antara komen yang ditinggalkan.
Meski sebelum ini berita kehamilannya beberapa kali diperkatakab, namun Neelofa mengambil pendekatan untuk tidak memberikan pengesahan mengenai perkara terbabit.
Dia bagaimanapun menerusi media menjelaskan, adalah lebih disarankan untuk berkongsi perihal kelahiran berbanding kehamilan. Cuma, dia turut memohon doa semua kerana itu yang diperlukannya pada waktu ini.
View this post on Instagram
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI