Pelakon Anzalna Nasir memberi kejutan hari jadi buat suaminya, Hanif Zaki di sebuah pusat peranginan semalam.
Meski disambut secara sederhana,namun pastinya ia memberi 1001 kenangan buat pasangan ini.
“Walaupun birthday you disambut dalam kegelapan tetapi masa depan kita tetap cerah bersama. Ok tak punchline?,” tulis Anzalna.
Dalam pada itu, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini juga bersyukur kerana kehadiran anak,Mohamad Eidrees sebagai penyeri dalam keluarga.
“Happy birthday @hanif_zaki Last year’s celebration was just the two of us but this year around with @mohamadeidrees , our bundle of joy.
“Allah has given you the best birthday present ever. Alhamdulillah.. May Allah shower our marriage with love, rezeki, happiness and protect us from anything that will harm our family. Love you so much,” tulisnya.
Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata,Mohamad Eidrees pada 31 Mei lalu.
Foto:Instagram Anzalna