Penyanyi, Sarah Raissuddin berhasrat untuk bertemu secara personal dengan penyanyi Misha Omar berhubung salah seorang ahli kelab peminatnya yang dikatakan terlibat dalam isu fitnah melibatkan penyanyi Sampai Bila itu. 

Katanya, sebagai rakan selebriti adalah wajar baginya untuk bertemu secara empat mata bagi menjernihkan situasi dan terpanggil untuk berbuat demikian.

“Meskipun saya tiada kena-mengena dengan isu yang timbul, saya terpanggil untuk berjumpa dengan penyanyi berkenaan dalam masa terdekat. 

“Apatah lagi kami bakal bekerjasama menerusi Konsert Soul Sisters April depan. Masing-masing ada cara sendiri. Misha mungkin ada caranya dan begitu juga dengan saya, bertemu dengannya” kata penyanyi Semakin itu kepada MH. 

“Meskipun Saya Tiada Kena Mengena…,” – Sarah Hasrat Ingin Bersemuka Dengan Misha Omar

Ads

Ditanya sejauh mana hubungannya dengan Misha selepas isu tersebut timbul, Sarah menjelaskan semuanya baik-baik sahaja.

“Bagi saya, apa yang berlaku adalah di antara individu dengan penyanyi tersebut. Cuma secara kebetulan individu berkenaan ialah salah seorang ahli kelab peminat, Hearty Sarah,” ujar penyanyi 35 tahun itu lagi. 

Ads

Pada masa sama, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya kekurangan persembahannya di Anugerah Juara Lagu ke-33 lalu adalah disebabkan elemen ilmu hitam, Sarah mempunyai jawapan sendiri. 

“Dakwaan tersebut tidak benar. Apa yang boleh saya katakan, persembahan saya pada malam itu tidak selancar seperti yang diharapkan berbanding ketika sesi latihan yang berlangsung sehari sebelum malam final,” jelasnya. 

Ads

“Meskipun Saya Tiada Kena Mengena…,” – Sarah Hasrat Ingin Bersemuka Dengan Misha Omar

Baru-baru ini Misha bersama peguamnya tampil melakukan sidang media berhubung fitnah yang dibuat oleh tiga individu di laman sosial dengan menyebut kemenangan penyanyi tersebut di malam AJL33 lalu ada kena mengena dengan menggunakan ‘mak esah’.

Ekoran itu, setakat ini dua individu terlibat mengakui perbuatan mereka dan berhasrat untuk meminta maaf kepada Misha Omar, bagi memenuhi tuntutan minta maaf tujuh hari seperti yang diminta penyanyi berkenaan. 

Foto: MH/Instagram Misha Omar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI