Hampir dua tahun putus cinta, penyanyi Shawn Mendes kini dikatakan sudah kembali berpacaran dengan bekas teman wanita, penyanyi Camila Cabello.
Perkara itu hangat diperkatakan selepas kedua-duanya dilihat berkucupan mesra ketika menghadiri konsert Coachella yang diadakan di California, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Shawn dan Camila sebelum ini menamatkan hubungan mereka pada November 2021 selepas dua tahun bercinta.
Pasangan ini dikatakan mula bercinta sejak bulan Julai 2019.
Kemunculan di majlis anugerah MTV Video Music 2019 adalah penampilan pertama Shawn dan Camila sebagai pasangan bercinta selain menghiburkan peminat dengan lagu duet hit mereka, Senorita.
Sepanjang tempoh pandemik melanda dunia pada 2020, pasangan ini menghabiskan masa bersama dengan mendiami kediaman di Miami.
“Kami habiskan masa bersama dengan menunggang basikal di sekitar Miami dan momen itu sesuatu yang sangat indah untuk dikenang,” kata Shawn.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.