Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Hujung Minggu!

Share

1. Zulin Aziz terima maaf wanita yang gelar dirinya ‘wanita sundal’

Beberapa hari lalu kecoh di media sosial tentang isu seorang wanita di Facebook yang menggelar pelakon, Zulin Aziz sebagai ‘Perempuan Melayu Sundal’ rentetan daripada kenyataan Zulin tentang isu bermadu di sebuah akhbar tempatan.

Perkara ini mendapat perhatian daripada Zulin dan menerusi Instagram dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut.

Wanita berkenaan telah memeohon maaf secara terbuka menerusi Facebooknya kerana ketelanjuran katanya kepada Zulin.

Nampaknya Zulin juga telah menerima maaf wanita tersebut dan tidak mahu memanjangkan isu ini malah meminta untuk semua pihak menghentikan tomahan terhadap wanita tersebut.

 

2. Bagi hadiah kereta, Janna Nick buat surprise di hari jadi ibu

Semalam MH terlihat satu video yang dikongsi oleh pelakon popular, Janna Nick yang menyambut hari lahir ibunya.

Menerusi video tersebut terlihat sebuah kotak diberikan pada ibunya dan dalam kotak tersebut terdapat kunci kereta.

 

3. Peminat teruja Abam jemput satu Malaysia datang ke Majlis Kahwin

Abam Bocey yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya pada Disember tahun lalu.

Abam menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi gambar kad kahwinnya dan menjemput semua orang untuk datang ke majlis perkahwinannya yang bakal diadakan pada 20 Januari ini.

Rata-rata peminat Abam meluahkan rasa teruja kerana dijemput ke majlis perkahwinannya.

 

4. UNIC tak jadi berpecah

Minggu lalu heboh di media sosial apabila salah seorang anggota kumpulan nasyid popular, UNIC iaitu Najdi yang dikatakan mahu menarik diri dari kumpulan tersebut kerana perselisihan faham bersama salah seorang anggota kumpulan, Bazli.

Namun begitu menurut sebuah sumber, kumpulan ini tidak jadi untuk berpecah dan Najdi mengakui bahawa dia telah membuat keputusan yang melulu dan setelah duduk berbincang, dia menyedari kesalahannya.

Published by
Izzati Ramli