Siapa yang tidak kenal dengan model terkenal antarabangsa, Tyra Banks. Menurut satu sumber, Tyra berkata dia tidak mahu anak lelakinya, York Bank Asla mengikut jejak langkahnya menjadi seorang model.
Namun begitu, Tyra berkata jika anaknya itu berkeras untuk menjadi seorang model, dia akan menggunakan kaedah ‘reverse psychology’ sehingga anaknya memberontak untuk tidak mahu memasuki bidang peragaan.
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa penyanyi lagu Jampi, Hael Husaini pernah mempunyai teman duo bersama penyanyi, Azhar dan nama bagi duo mereka adalah Azhael.
Walaupun masing-masing sudah bergerak sendiri di dalam industri ini, namun Azhar sentiasa memberi sokongan yang tidak putus buat sahabatnya ini.
Menerusi satu sumber, Azhar berkata dia sememangnya sudah menjangkakan kemenangan lagu Jampi di AJL 32 baru-baru ini dan dia sebagai sahabat turut bersyukut dan tumpang gembira atas kejayaan Hael.
Penyanyi cantik yang berasal dari negeri Sabah, Marsha menerusi satu sumber berkata, dia menanam hasrat untuk merakamkan beberapa buah lagu rakyat negeri kelahirannya itu bagi mendekatkan diri dengan penduduk di sana.
Kata Marsha, perancangan tersebut masih lagi di dalam perbincangan dan dia berharap lagu-lagu rakyat itu dapat disiapkan dan dilancarkan menjelang bulan Ramadan nanti.
Namun begitu, menurut Marsha jika tidak sempat disiapkan kesemuanya, dia bakal melancarkan single demi single.
Kecoh di media sosial baru-baru ini, apabila tersebarnya gambar mesra antara pelakon popular, Zul Ariffin dan pengacara serta usahawan cantik, Neelofa.
Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah gambar mesra tersebut menampakkan Neelofa sedang melentokkan kepada di dada Zul.
Namun sebenarnya aksi tersebut merupakan salah satu babak di dalam drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang sedang dalam penggambaran ketika ini.
Zul Tampil memberi penjelasan di Instagramnya dengan berkata walaupun kekok namun sebagai pelakon seharusnya bersikap profesional.
BACA SEPENUHNYA: Netizen Dah Mula Cipta #ZuLofa, Tapi Zul Ariffin Akui Kekok Nak Lakon Babak Mesra Sama Neelofa!