Uncategorized

#MHBreakfirst: 4 Update Hiburan Yang Mungkin Korang Terlepas Pandang Semalam!

Share

1. Hazami Terfikir Untuk Ajak Zain Saidin Jadi Rapper Duet Dengan Che Ta

Heboh di media sosial beberapa hari ini menceritakan tentang pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan Che Ta yang bakal menjadi penyanyi tidak lama lagi.

Che Ta bakal bekerjasama dengan penyanyi, Hazami di mana penyanyi tersebut akan membuat lagu untuknya malah Hazami menerusi satu sumber berkata dia terfikir untuk mangajak suami kepada Che Ta, Zain Saidin untuk menyanyi rap dan berduet dengan Che Ta dalam lagu tersebut.

 

2. Artis Veteran, Fatimah Yassin Patah Tulang Belakang

Pelakon veteran era 80an, Fatimah Yassin telah mengalami patah tulang belakang apabila dia terjatuh di sebuah pusat membeli belah.

Menurut sebuah sumber, kejadian tersebut berlaku pada bulan September tahun lalu dan sejak dari itu Fatimah tidak dapat berjalan seperti biasa.

Fatimah berkata, doktor telah mengesahkan bahawa dia mengalami tulang rapuh dan tulang belakang di bahagian T3 patah serta memerlukan rawatan fisioterapi.

 

3. ‘Ko Sakit Hati Sangat Dengan Aku Apahal Bro?’ – Rita Rudaini

Setiap manusia takkan mudah untuk melenting kalau dirinya tidak diusik.

Semalam pelakon popular, Rita Rudaini telah meluahkan rasa geram terhadap seorang individu di akaun Instagramnya kerana individu tersebut telah mempertikaikan kerjayanya sebagai pengacara.

 

4. Nadia Brian Akui Tiada Kontroversi Panas Mungkin Faktor Nama Kurang Dikenali

Bukan mudah untuk seseorang artis menempa nama dalam industri hiburan serta mendapat tempat di hati peminat.

Adakalanya kontroversi yang terpalit kepada seseorang artis sama ada baik atau buruk itulah yang menjadi salah satu faktor artis tersebut semakin dikenali.

Pelakon, Nadia Brian menerusi satu sumber mengakui dirinya tidak begitu dikenali ramai mungkin kerana tiada kontroversi yang memanaskan namanya.

Nadia berkata, dia cuba untuk mengelak dari kontroversi dan mahu menjadi diri sendiri namun itu tidak bermaksud dia skeptikal terhadap kontroversi kerana perkara tersebut ada baik dan buruknya.

Published by
Izzati Ramli