Uncategorized

#MHBreakfirst: [EKSKLUSIF] ‘Kitorang Balik Sekolah Sama-sama Tapi Tak Pernah Tefikir Dia Jodoh’ – Dayah Bakar Kongsi Cerita

Share

Baru-baru ini MH ada berkongsi gambar pengacara terkenal, Dayah Bakar yang baru sahaja mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya, Hanif Hamidi dan gambar itu adalah gambar sewaktu mereka masih di bangku sekolah.

Gambar itu telah mendapat perhatian daripada ramai pihak yang menganggap percintaan mereka ini sungguh ‘sweet’.

MH telah mendapatkan Dayah untuk berikan ucapan tahniah di atas pertunangannya dan bertanya sedikit tentang kisah cintanya.

Menurut Dayah, dia dan Hanif merupakan kawan di zaman kanak-kanaknya dan pernah bersekolah di sekolah yang sama dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga selain itu mereka juga merupakan jiran yang duduk dalam satu kawasan perumahan yang sama.

“Kitorang jiran satu taman dan dalam masa yang sama kitorang pun satu sekolah. Kadang-kadang kitorang balik sekolah sama-sama tapi tak pernah tefikir dia jodoh Dayah.

 

“Waktu kecil-kecil dulu Dayah memang tahu dia suka Dayah. Dia pernah minta adik dia tulis surat cinta dan bagi pada Dayah.

 

“Masa tu Dayah tak rasa apa-apa sebab Dayah masih budak lagi waktu tu dan rasa perkara tu lucu,” katanya.

Selepas tingkatan tiga, Dayah berkata mereka tidak pernah berjumpa kerana Hanif dapat memasuki sekolah berasrama MRSM dan Dayah pula berpindah ke Kuala Lumpur.

“Selepas tingkatan tiga dia bawa jalan hidup dia dan Dayah pun sama la tapi kitorang masih tahu sikit-sikit tentang diri masing-masing sebab ada sosial media kan, memang berkawan tapi tak pernah terfikir apa-apa.

 

“Bila dah besar baru dia ajak Dayah jumpa hujung tahun lepas dan kitorang jumpa borak-borak sebagai kawan lama,” katanya lagi kepada MH.

Setelah beberapa kali berjumpa, pengacara ini mula merasakan sesuatu tentang diri Hanif yang dirasakan sangat matang dan seorang yang sangat mengambil berat. Karakter Hanif itu membuatkan Dayah mula suka dan senang berkawan dengan Hanif.

“Ada juga terdetik di hati Dayah, dia ni suka aku lagi ke sebab dia ni baik lah dan sampailah satu hari tu dia luahkan perasaan dia kat Dayah yang dia suka kat Dayah dan dia nampak Dayah dalam future dia,” katanya lagi.

Kata pengacara ini lagi, pada masa itu dia memang sudah mula suka pada Hanif namun dia meminta masa buat dirinya untuk berfikir dahulu.

Dalam masa yang sama, Dayah berkata dia sentiasa berdoa di setiap solatnya untuk mendapatkan petunjuk daripada ALLAH SWT bahawa Hanif adalah jodoh terbaik buatnya.

“Bila setiap kali Dayah sembahyang dan pada sujud terakhir Dayah sentiasa berdoa, Ya ALLAH kalau betullah dia ni jodoh aku kau tetapkanlah hatiku ini dan jangan berbolak balik dan buatkanlah hati Dayah terarah pada dia.

 

“Lepas Dayah doa dalam tempoh mengenali dia, Dayah rasa makin kuat rasa suka pada dia dan hati Dayah tetap dekat dia jadi Dayah rasa memang dialah jodoh Dayah,” katanya.

Dayah berkata, mereka akan melangsungkan pernikahan pada tahun hadapan tetapi tarikhnya masih belum ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, Dayah baru sahaja selesai penggambaran untuk rancangan Masam Manis yang akan bersiaran di TV3. Selain itu Dayah memberitahu perancangannya untuk tahun hadapan dia akan mengeluarkan single pertamanya berjudul ‘Imamku’.

Tambah Dayah lagi, lagu ini dibuat khas untuk mewakili setiap wanita yang mendambakan seorang lelaki yang boleh menjadi imam, dan memberi bimbingan sebaiknya di dunia dan akhirat juga dalam perkahwinan.

Seronok MH mendengar kisah cinta Dayah ini, benarlah orang kata kadang-kadang jodoh itu memang sudah ada di depan mata cuma hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu waktu dan situasi paling tepat untuk kita ketahui yang di depan mata itulah jodoh kita.

Published by
Izzati Ramli