1. Scha Alyahya & Awal Ashaari
Seperti yang kita tahu beberapa hari sebelum menjelang tahun baru, Scha dan Awal telah ke London untuk beberapa urusan. Kemudian mereka berdua telah ke Amsterdam, Netherlands dan akhirnya ke Paris!
2. Anzalna Nasir
Sejak muat naik gambar ski di Finland, gambar-gambar percutian Anzalna terus menjadi perhatian ramai.Ternyata Anzalna cukup bertuah kerana berpeluang rasai sendiri bagaimana meluncur di negara sejuk sebegitu. Tidak terhenti di Finland, pasangan ini terus menaiki cruise mewah untuk terus ke Sweden.
3. Janna Nick
Jika selebriti lain mencuri masa untuk bercuti bersama suami tercinta, berbeza dengan Janna Nick. Nampaknya Janna benar-benar mengambil peluang untuk menghabiskan masanya bersama ahli keluarga ke Korea setelah berpenat lelah berkerja. Apa yang menarik perhatian, pakaian-pakaian Janna di sana sangat stylo hingga membuatkan dia kelihatan seperti salah seorang gadis Korea.
4. Datuk Seri Vida
MH puji Datuk Seri Vida, walaupun sibuk dengan perniagaannya, namun Vida tidak pernah lupa untuk bawa anak-anaknya berjalan mengelilingi dunia. Terbaru Vida telah menghabiskan masa hampir seminggu di Dubai dan sempat berjalan ke pelbagai tempat menarik di sana sambil mengenakan OOTD terbaiknya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI