Dalam video tersebut, Safiey telah menjawab satu pertanyaan daripada peminatnya yang bertanyakan sama ada dia benar-benar perempuan atau tidak. Safiey mengakui dirinya seorang lelaki dan berkata dia tidak munafik untuk mengaku dirinya khunsa seolah-olah sedang menyindir Sajat.
Tapi betul ke Safiey sindir Sajat? Sejauh mana kebenaran Safiey menyindir Sajat itu tidak pula MH ketahui. Jom tengok video yang dikatakan Safiey sedang memerli Sajat itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pelakon yang semakin ramping dan cantik, Zulin Aziz mempunyai bakat dalam nyanyian.
Baru-baru ini Zulin ada berkongsi satu video sedang bermain gitar sambil menyanyi dan video tersebut mendapat perhatian daripada netizen dengan mendapat lebih daripada 150,000 tontonan di Instagramnya.
Ruang komen Zulin pula dibanjiri dengan pujian daripada netizen tentang kelunakan suara yang dimilikinya.
MH pasti ramai yang masih ingat dengan kontroversi seorang penyanyi baru, Asad Motawh yang pernah menjadi artis jemputan di salah sebuah rancangan di Indonesia dan pada ketika dia sedang menyanyi dan tiba-tiba suaranya terkucil.
Insiden itu menjadi bualan ramai hingga ada yang mengatakan dia hanya penyanyi yang berlandaskan rupa bukan bakat.
Baru-baru ini dikatakan Asad telah menerima pelawaan untuk berduet dengan kumpulan Armada Band dari Indonesia namun dia menolak kerana tidak mahu insiden yang sama berulang ini kerana Asad mahu lebih berhati-hati dalam menerima lagu yang dirinya kurang bersedia untuk dinyanyikan.
Menurut sumber dari Mstar Online, pelakon popular, Datuk Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja pada 11 Januari yang lalu.
Walau bagaimanapun Farid meminta dirinya untuk dibicarakan selepas pertududuhan dibacakan terhadapnya semalam.
Sebutan semula kes akan diadakan pada 5 Mac depan bersamaan tarikh dengan sebutan empat tuduhan jenayah yang dihadapinya iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis dan mengganggu tugas penjawat awam di dalam balai polis Kota Damansara.
Sementara itu, mahkamah membenarkan Farid diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Terdapat juga syarat tambahan iaitu Farid tidak dibernarkan keluar negara dan menyerahkan passport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.