Uncategorized

#MHBreakfirst: Update Hiburan Yang Berlaku Semalam!

Share

1. Peminat Seronok Farid Kamil Kembali Aktif Di Instagram

Sejak insiden yang menimpa kepada pelakon popular, Datuk Farid Kamil baru-baru ini, akaun Instagram miliknya tiada sebarang update terkini sehingga semalam dengan berkongsi promo lakonan bagi drama terbarunya yang bertajuk Lafazkan Kalimah Cintamu.

Nampaknya peminat kepada pelakon ini amat seronok apabila pelakon kesayangan mereka kembali aktif di Instagram.

 

2. Hubungan Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Ada Campur Tangan Orang Ketiga?

Menurut satu sumber penyanyi, Sufian Suhaimi berkata mungkin ada campur tangan daripada orang ketiga dalam hubungannya bersama pelakon, Elfira yang merupakan tunangnya.

Sufian juga berkata dia menghormati segala pandangan daripada kedua-dua belah keluarga kerana perkahwinan merupakan sesuatu perkara yang besar dan tidak boleh dibuat main.

Katanya lagi, mereka juga seperti pasangan yang lain diuji dengan dugaan semasa bertunang dan Sufian berkata lagi, doakan mereka yang baik-baik mudah-mudahan ada pengakhiran yang baik.

 

3. Farah Nabilah Disangka Sertai Politik

Hanya kerana menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh parti politik, Barisan Nasional (BN), pelakon yang popular menerusi drama Titian Cinta, Farah Nabilah disangka telah menyertai parti politik berkenaan.

Namun Farah menerusi akaun Instagramnya menjelaskan bahawa dia tidak menyertai parti politik tersebut seperti yang disangka malah hanya dijemput untuk berkongso tentang ‘women empowerment’ dan tiada kena mengena dengan politik.

 

4. Syatilla Tak Goncang Tangan Anak Dengan Kasar Seperti Disangka Netizen

Minggu lalu heboh para netizen membahaskan tentang pelakon wanita, Syatilla Melvin yang didakwa menggoncangkan tangan anaknya dengan kasar.

Namun Syatilla menerusi satu sumber berkata dia tidak menggoncangkan tangan anaknya dengan kasar seperti yang netizen sangkakan malah dia tidak akan melakukan sebarang perkara yang boleh memudaratkan anaknya, Syeriv kerana anaknya itu adalah nyawanya.

Syatilla juga berkata dia tidak marah dengan kecaman netizen terhadapnya malah berterima kasih dan menghargai mereka kerana mengambil berat tentang Syeriv.

Published by
Izzati Ramli