Bekas teman wanita rapper Diddy, Kim Porter meninggal dunia di usia 47 tahun pada Khamis.
Perkara tersebut disahkan oleh wakil rapper itu namun tiada kenyataan lanjut diberikan. Bagaimanapun, media TMZ melaporkan bahawa sebab utama kematian mungkin berpunca daripada selsema dan pneumonia yang dialaminya beberapa hari lalu.
Difahamkan, paramedik dipanggil ke rumah Porter setelah dia tidak memberikan respon saat dikejutkan ahli keluarga ketika tidur petang itu. Tiada dadah terlarang ditemui.
Porter yang juga merupakan seorang pelakon dan bekas model mula berpacaran secara ‘on-off’ bermula tahun 1994 sebelum berpisah secara baik pada tahun 2007.
Dalam tempoh itu, pasangan itu dikurniakan 3 orang anak iaitu Christian, 20 tahun dan kembar perempuan, D’Lila Star dan Jessie James, 11 tahun. Diddy juga mempunyai tiga orang anak melalui hubungannya yang terdahulu manakala Porter mempunyai seorang anak, Quincy Brown.
Sementara itu, kematiannya nyata ditangisi oleh rakan-rakan selebriti seperti Missy Elliot, Rihanna dan juga 50 Cent. Kesemua mereka memberikan tribute buat Porter melalui laman media sosail masing-masing.
Setakat ini, Diddy yang masih dalam proses berkabung belum memberikan apa-apa kenyataan mengenai kehilangannya itu.
Foto/Instagram: Kim Porter/ Carian Google