Oh yes! Berita baik buat peminat kumpulan kpop terkenal, Blackpink yang telah pun mengumumkan BLACKPINK Live In Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019 di Stadium Melawati, Shah Alam!
Meski sebelum ini sudah ada ura-ura membayangkan kumpulan berkenaan bakal menghiburkan para peminatnya di negara ini, namun pengumumannya yang telah pun diadakan semalam anjuran MaxPiero, kini korang boleh melihat mereka beraksi di depan mata sendiri.
Jualan tiket akan bermula pada 12 Disember 2018 pada jam 12.00 tengahari menerusi laman web mereka.
Apapun, ini dia harga tiket yang ditawarkan iaitu RM373 bagi Green Zone sementara BLINK Zone berharga RM693 untuk satu tiket. Harga mengikut zon ialah;
- RM373 (Green Zone)
- RM483 (Purple Zone)
- RM573 (Yellow Zone)
- RM673 (Red Zone)
- RM693 (BLINK Zone)
So, korang dah ready belum nak rasai gegaran Blackpink? Nak beli harga tiket yang mana satu?
Foto: carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susulan Pemberian RM100k Dari Cik B, Netizen Kata Poyo & Jawab Vida, “Jangan Awak Dan Saya Pula Yang Naik Mahkamah!”
Setelah lebih setahun berdepan kemelut perihal kes hadiah kemenangan sang juara program Gegar Vaganza musim kempat (GV4), Aisyah, usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau DS Vida dikejutkan secara spontan apabila anaknya tampil menyerahkan wang tunai RM100,000 sejurus sidang media yang dilakukan pihak ibunya.
Keputusan tersebut dibuat Cik B agar isu ini cepat-cepa diselesaikan.
Memetik Sinar Harian, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, tidak mahu lagi mahu melihat ibunya itu menangis setiap malam.
“Cik B nampak mama seorang yang kuat tetapi bila dia menangis kita pun nak nangis.
Jarang tengok mama menangis macam tu dan ia betul-betul berat bagi mama.
“Kerana itu Cik B beri duit hasil jualan produk Salmon Skin yang diperoleh daripada ejen Singapura dan Malaysia untuk bayar kepada Aishah,” katanya seperti yang dipetik.
Sementara itu, Vida secara rasminya menyatakan permohonan maaf secara terbuka seperti yang termaktub dalam keputusan bersama ketika sesi mediasi di Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur 1 Julai lalu.
Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu I Am Me itu juga turut berkongsi status menerusi Instagram terkininya.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on
“Ada orang bila diuji semakin kuat, ada juga bila diuji semakin lemah. Sehebat mana ujian itu bukanlah ukuran, akan tetapi bagaimana hebatkah kita menghadapi sesuatu ujian itu.
“Sekiranya kita memandang sesuatu ujian itu dengan positif, maka insyaaAllah kita jadi semakin kuat. Ingat tu dehhh. Yakin dengan NiAT..tujuan….Nawaitu..LillahhhiTaAlla…Just Go for It,” tulisnya.
Lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini menerima pelbagai komen netizen dan ada di antara yang turut dibalas Vida. Bagaimanapun satu komen yang ditinggalkan cukup menarik perhatian.
“Poyo dah salah tak payah lah banyak cakap lagi. Muhasabah la banyak-banyak,” tulis individu yang berkenaan.
Lalu, selang beberapa jam selepas komen tersebut ditinggalkan, Vida dilihat turut memberikan respon.
“Tiada siapa kalah atau memang. Penyelesaian beeaama cara baik tanpa perbicaraan di mahkamah jangan sampai awak san saya pula ke mahkamah,” tulisnya pula.
Sebelum ini, Aishah telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa Vida akan membayar harga barang kemas yang dipilihnya berjumlah RM80,000 dan melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap dirinya sebelum atau pada 17 Julai ini.
Kes tersebut susulan kemengangan Aishah dalam program realiti Gegar Vaganza 4 yang mendakwa Vida memberi hadiah kemenangan tempat pertamanya seutas gelang palsu dan kes ini telah berlarutan selama setahun.
Menurut Vida pihaknya juga sudah menerima makluman daripada sebuah kedai emas yang dicadangkan kepada Aishah bahawa artis tersebut telah memilih lima barang kemas bernilai RM80,000.
Foto: Instagram Vida, Cik B
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tambah 2, 3 Bini Maka Lintang Pukanglah Kau Punya Keluarga Dan Bisnes,” – Suami Aleeya Ikut Nasihat, Ulas Isu Poligami
Suami kepada usahawan dan pempengaruh terkenal, Aleeya Zailan iaitu Azri Aziz tampil menyuarakan pendapatnya mengenai isu poligami yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Malah, perkara tersebut turut menjadi isu di dalam kehidupan pasangan usahawan berjaya ini apabila ada segelintir netizen pernah menulis komen tidak sensitif, meminta agar Azri turut sama berpoligami.
“Arwah ayah sering ingatkan saya. Katanya kalau kau ada seorang bini, lebih senang kau nak fokus terutamanya dalam niaga kau. Kalau kau tambah dua tiga bini maka lintang pukanglah kau punya keluarga dan perniagaan. Jadi saya pegang kepadanya kata-katanya itu.
“Sebab bagi saya, di dalam hidup ini kita hanya ada satu sahaja peluang untuk lakukan semua perkara. Bila sekali buat silap, kita kena hidup dengan apa yang pernah kita buat. Saya juga melihat daripada pengalaman. Dalam keluarga juga ada yang kahwin lebih daripada satu. Begitu juga dalam keluarga belah isteri.
“Daripada situ saya melihat ada betul apa nasihat yang diberikan bapa. Namun saya tidak nafikan ada yang boleh membawa rumah tangga poligami ini dalam perjalanan dengan elok. Cuma untuk diri saya, lebih baik dengan apa adanya saja. Berikan 200 peratus perhatian kepada seorang isteri,” katanya yang sinonim disapa sebagai Big Boss itu kepada MH.
Sementara itu, Aleeya turut memberikan reaksi selain menyentuh mengenai etika di dalam menggunakan media sosial.
“Bagi saya pula kalau yang berikan komen itu mengamalkan poligami dan dia okay, itu terserah. Cuma janganlah minta suami orang lain untuk berbuat perkara sama. Dia (suami) tidak terfikir, orang lain pula yang suruh kahwin lain. Kan tak bagus tulis komen sebegitu.
“Apa yang saya perhatikan, ada netizen sekarang yang menulis komen macam tak ada ‘filter’. Konsepnya macam, kita tak nampak anda siapa jadi boleh tulis apa sahaja di media sosial. Lebih baiklah kita berhemah, macam kita duduk bersebelahan. Mesti kena jaga adab dan sebagainya,” katanya lagi.
Terdahulu, mereka ditemui Majlis Pelancaran Cawangan Pertama Avenys di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pada Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hubungan Kami Okey,” – Status IG Stories Tak Tuju Pada Intan Najuwa, Tunang Beri Penjelasan
Enggan disalah erti berkaitan muat naik luahan hati di Insta Story baru-baru ini, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli menjelaskan status tersebut bukan ditujukan kepada aktres kecil molek itu.
Sebaliknya, ia hanya memberi motivasi dan sering berkongsi perkara positif di Instagram.
Memetik laporan Mstar, usahawan berusia 38 tahun itu turut mengulas dia jarang mengambil tahu perkembangan dunia hiburan kerana di luar bidang kemahirannya.
“Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua.
"Saya selalu sahaja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negatif.
“Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang,” ujarnya.
Dalam pada itu, usahawan ini turut mengakui sedang dalam proses membimbing bakal isteri demi masa depan selepas diijabkabul nanti.
“Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa, saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah mereka terima pilihan saya dengan baik sekali.
“Lagipun kerja itu bukan selamanya akan kena buat begitu. Watak pasti akan berbeza dan caranya juga akan berbeza. Saya tiada masalah, saya tahu Intan bagaimana.
“Hubungan kami okey sahaja, semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama.
“Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa.
“Isu itu sengaja ditimbulkan media atau orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Sama macam politik.
“Saya juga tidak menaruh perasaan marah kepada sesiapa. Ini adalah lumrah hidup untuk dikritik,” katanya seperti yang dipetik.
Tidak terus melatah, sebaliknya lelaki ini tetap memberi izin untuk tunang meneruskan kerjaya lakonan selepas bergelar isteri kelak.
“Ya, saya memberi keizinan kepada Intan untuk berlakon, malah saya turut berbangga jika Intan masih lagi menjadi heroin selepas kami berkahwin,” jelasnya lagi.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 18 Ogos lalu di Thistle Hotel, Johor Bahru bersempena hari kelahiran Intan yang ke-22.
Foto : Mstar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI