Pelakon Bollywood, Kajol kini sering muat naik foto bersama anak daranya, Nysa yang sudah pun berumur 15 tahun.
Untuk pengetahuan, Nysa kini belajar di sebuah sekolah berasrama namun setiap masa terluang banyak dihabiskan bersama ibu bapa dan adiknya, Yug, 7 tahun.
Memegang status sebagai anak pelakon popular, Nysa juga mempunyai ramai pengikut di laman Instagramnya.
Meski masih remaja, namun ramai juga yang terpesona dengan kecantikan semula jadi anak pasangan selebriti ini. Hingga ada yang membayangkan dia bakal ikut jejak si ibu bila tamat belajar nanti.
Apa-apapun, jom tengok foto-foto Nysa yang terkini. Memang lawa kan?
Foto/Instagram: NysaDevgan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Suka ‘Tittle’ Janda Jadi ‘Bahan’, Erra Fazira Pertahan Status Yang Dipikul Sejak 5 Tahun Lalu
Tanggal 18 Februari 2014, pelakon dan pengacara Erra Fazira sah bercerai talak satu dengan Engku Emran di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia 10 tahun.
Sekali gus, Ratu Cantik Malaysia/World 1992 itu telah memegang status ibu tunggal beranak satu.
Menerusi Youtube Official Ria X : Chit Chat With Michael Ang, Erra menjelaskan gelaran janda bukanlah sesuatu yang memalukan.
Sebaliknya, sebagai satu kekuatan bagi wanita sepertinya.
“Janda itu adalah orang yang kuat. Sekiranya dia stay dalam rumah tangga, tapi hati tak bahagia, tak tenang, tak ada kedamaian, jiwa tak rela. Tak ada gunanya.
“Dia (janda) buat keputusan yang sangat berat, mungkin keputusan yang mereka buat keluarga tak suka atau kawan-kawan pandang sebelah mata , tapi janda ni lebih tahu apa yang dia nak.
“Jangan hiraukan apa orang nak cakap. Hidup kita bukan untuk org lain sebab mereka tak tahu susah senang, jatuh bagun golongan janda.
Kongsi Erra atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek lagi, saat paling sedih adalah berpisah dengan anaknnya.
“Paling perit adalah berpisah dengan anak. Hati dan akal berkata kita sayang sesama manusia, tapi satu hari nnti kita akan berpisah mungkin disebabkan kematian atau anak akan berkahwin dan ikut suami juga.
“Sebagai seorang ibu, yang penting adalah kebahagaian anak. Saya akan sakit kalau anak saya tak happy,” kongsi Erra jujur.
Bersikap tenang dan matang, bintang Hingga Hujung Nyawa ini reda akan ketentuan Ilahi.
“Saya berbalik kepada Allah bahawa ini semua pinjaman. Tak ada yang kekal dalam dunia ini kecuali amalan kita untuk bekalan akhirat kelak.
“Jadi, target saya dengan anak adalah untuk berjumpa di syurga satu hari nanti.
“Saya pernah cakap dengan dia, Alisya, suatu hari nanti kita akan berpisah dan kita akan berjumpa di syurga, Insyallah,”akhiri Erra.
Terdahulu, Erra mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abd Halim 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian.
Erra kemudiannya berkahwin dengan Emran pada 2007 dan bercerai pada Februari 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,Engku Aleesya.
Video : Youtube Official Ria X
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati Wanita Lembut, Mudah Jatuh Cinta,” – Jangan Belakangi Ibu Bapa & Agama, Ini Nasihat Ziana Zain Buat Anak Gadis
Penyanyi, Ziana Zain mengingatkan para anak gadis untuk tidak membelakangi ibu bapa dalam apa juga perkara yang ingin dilakukan di dalam hidup termasuklah soal percintaan.
Menurut Ziana, ibu bapa sudah lebih dahulu makan garam dan mereka tahu apa yang terbaik buat anak-anak.
“Saya faham yang wanita ini hatinya lembut dan mudah jatuh cinta. Jadi, berhati-hatilah dan sentiasa jadikan ibu bapa itu sebagai penasihat yang kita kena dengar.
“Mereka hidup lebih lama daripada kita dan telah menyaksikan pelbagai perkara. Jangan pandang remeh apa yang orang tua-tua cakap. Sama juga dengan adik beradik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Putus Terpaksa itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun yang ke-56, baru-baru ini.
Katanya lagi, banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum melangkah ke hubungan yang lebih serius.
“Sebelum berkenalan, tengok dan kaji dahulu siapa latar belakangnya dan keluarganya. Memang jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan tapi nasihat orang tua jangan diketepikan.
“Jangan pula kita kata zaman sekarang ini ibu bapa tidak tahu apa-apa. Bukan begitu. Tiada dahulu, tiada sekarang.
“Kalau tiada pengalaman dahulu, orang sekarang tidak akan tahu apa-apa,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut mengingatkan anak-anak untuk tidak melampaui batas dan menjadikan agama sebagai panduan.
“Saya pun tak berani nak cakap panjang kerana saya juga ada anak-anak. Pesan saya satu sahaja kepada mereka, jangan melakukan perkara yang melampaui batas.
“Sentiasalah jadikan agama itu sebagai panduan. Mereka masih boleh bergembira dengan kawan-kawan atau menonton live band tapi kena tahu batas.
“Saya seorang penyanyi dan dahulu pun saya suka menonton live band tapi bila cukup masa, saya balik. Kena tengok siapa kawan dan lawan.
“Kalau orang nak bagi barang tidak senonoh, jangan ikut. Jangan peduli kalau orang kata kita tak sempoi atau tak cukup perempuan. Kalau ia membawa kepada keburukkan, tak usah ikut,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Bergelar Penyanyi Nombor Satu Dunia Baru Saya Fikir Untuk Berhenti Bomba,”- Syafiq Farhain
Penyanyi, Syafiq Farhain menegaskan dia belum terfikir lagi untuk berhenti daripada berkhidmat sebagai anggota bomba walaupun akan memenangi anugerah satu hari nanti.
Katanya kepada MH, anugerah tidak akan menjaminkan apa-apa pun dan dia tidak mahu meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk meraih apa-apa anugerah seni.
“Kalau saya menang anugerah sekali pun saya tidak akan berhenti kerana semua itu tidak menjaminkan apa-apa.
“Mungkin sebulan dua je orang panggil lepastu mungkin orang tak panggil jadi kta jangan letak harapan begitu tinggi.
“Andai kata satu hari nanti Syafiq Farhain jadi penyanyi nombor satu dunia baru saya boleh fikir nak berhenti bomba atau tidak,” katanya
Syafiq berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) yang berlansung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Syafiq yang kini betugas di ibu pejabat bomba, Putrajaya ternyata merindui dalam melakukan tugas-tugas menyelamat.
“Sekarang saya ditugaskan di ibu pejabat bomba Putrajaya dan saya hanya melakukan kerja-kerja pejabat.
“Saya memang rindu nak buat tugas penyelamatan seperti tolong orang atau menyelamatkan binatang tapi saya tidak tahu bila saya akan dipanggil semula,” katanya.
Terdahulu di AME2019, Syafiq Farhain tercalon untuk kategori Artis Baru MeleTop bersama calon-calon lain seperti Andi Bernadee, Luqman Faiz, Sarah Suhairi dan Eyra Hazali.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI