Hubungan pasangan rapper, Cardi B dan Offset yang retak menanti belah kini telah berakhir sepenuhnya.
Kisahnya, cubaan Offset untuk mengadakan hubungan ‘threesome’ dengan dengan teman wanita simpanannya dan rapper lain, Cuban Doll kantoi apabila pesanan ringkas tersebut tersebar.
Saat Cardi mengetahui mengenai perkara itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.
Sumber rapat Cardi mengatakan bahawa Cardi bukan sahaja marah kerana perbuatan curang itu malah cubaan Offset untuk melakukan seks dengan Cuban Doll dimana ramai mengatakan dia sering meniru Cardi B.
Susulan itu, Cardi mengumumkan perpisahannya pada Selasa dan pada masa yang sama berkongsi foto wajah anak perempuan mereka, Kulture yang lahir Julai lalu.
Sebelum ini, kedua-dua mereka berkahwin dalam satu upacara ringkas dan hanya dihadiri sepupu mereka sebagai saksi pada September 2017.
Sumber: TMZ
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pakai Rantai, Seluar Pendek & Rambut Perang Tapi Boleh Baca,” – Dari Tik Tok Ke TV, Abdul Qawiy Dekatkan Anak Muda Dengan Quran
Bermula di platform Tik Tok, kini pempengaruh yang juga merupakan hafiz, Abd. Qawiy Abd Rashit bakal mempunyai program televisyen sendiri yang berjudul Qawiy Wuz Here terbitan stesen televisyen, TV Alhijrah
Menurut Qawiy, dia sendiri tidak menjangkakan konten cabaran ‘Terjah Mengaji’ yang kerap dilakukannya sebelum ini mampu melangkah jauh sehingga menarik perhatian pihak stesen televisyen.
“Alhamdulillah, saya sendiri tak jangka konten-konten saya mampu pergi jauh sehingga ke tahap ini. Pada mulanya, saya buat konten-konten ini hanya untuk diri sendiri.
“Namun, ternyata ramai rupanya pengguna-pengguna Tik Tok yang ingin mendekatkan diri dengan Al-Quran. Bila saya nampak situasi tersebut, saya terus hasilkan lebih banyak konten-konten berkaitan Al-Quran.
“Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong terutama sekali kepada TV Alhijrah,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, cabaran ‘Terjah Mengaji’ ini juga telah membuka matanya untuk tidak menilai orang daripada luaran.
“Feedback yang saya dapat memang sangat baik. Ramai sebenarnya yang mahir membaca Al-Quran tapi malu.
“Hasil pemerhatian saya, kita tak boleh menilai orang daripada luaran. Ada yang pakai rantai, seluar pendek dan rambut perang tapi mereka boleh sahut cabaran saya.
“Ada yang kita ingat dia boleh baca tapi bila ditanya, tak boleh pula. Ia sememangnya membuka mata saya. Apa yang menariknya, kebanyakkan anak-anak muda kita memang sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran ini,” kongsinya lagi.
Pelajar Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg, Afrika Selatan ini berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media Program-Program Pembuka Tirai 2023 TV Al-Hijrah baru-baru ini.
Keluar daripada imej berjubah dan kopiah, Qawiy yang tampil dengan fesyen yang lebih santai mendedahkan pendekatannya itu membuatkan para anak muda lebih selesa untuk berinteraksi dengannya.
“Sejak dahulu lagi, saya memang minat fesyen terutama sekali ‘street wear’. Saya kekalkan imej tersebut dalam konten-konten saya. Malah, dengan imej sebegini, saya lagi mudah mendekati para remaja.
“Kalau saya berjubah, anak-anak muda akan menjauh kerana mereka seakan ‘takut’ dengan penampilan saya. Lagipun, sudah ramai para ustaz yang membawa imej berjubah ini. Mereka boleh kekal sebegitu.
“Cuma, kita perlukan juga individu-individu yang mudah dekat dengan anak-anak muda,” akhirinya.
Bakal bersiaran pada 28 Januari ini, Qawiy Wuz Here membawa penonton melawat destinasi pelancongan menarik di Lembah Klang sambil mempelajari dan menghafal surah pendek di dalam al-Quran.
Sebelum ini, nama Qawiy telah menarik perhatian ramai selepas mengadakan cabaran ‘Terjah Mengaji’ dan menghadiah RM50 kepada sesiapa sahaja yang mampu menyambung ayat Al-Quran yang dibacanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Qawiyaro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mampukah Duit Kembalikan Nyawa?,” – Covid-19, Anak Buah Datin Alyah Kini Terpaksa Ditidurkan
Penyanyi, Datin Alyah berkongsi khabar duka apabila memaklumkan anak buahnya ketika ini terpaksa ditidurkan selepas mengalami sesak nafas akibat jangkitan Covid-19.
Jelas Alyah, selain anak buahnya, seluruh ahli kelurganya turut dilaporkan positif wabak berkenaan.
Katanya lagi, anak buahnya itu dipercayai mula dijangkiti wabak Covid-19 sewaktu sedang bekerja di sebuah kilang yang terletak di Gelang Patah, Johor.
“Assalammualaikum semua. Mohon doakan Anak sedara saya
@nazirah_aziz93 kembali sihat semula. Dia dah ditidurkan kerana sukar bernafas kerana positive covid19 dan seluruh keluarganya sudah terkena positive covid19.
“Dikenal pasti dijangkiti dari kilang tempat mereka menjual makanan di kafe kilang tersebut di gelang patah dan kilang terbabit masih beroperasi,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Thank You Allah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Pada masa sama, Alyah turut meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana masih membenarkan kilang tersebut untuk beroperasi.
Isteri kepada pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini turut menambah, pihak yang terlibat sepatutnya harus bersifat lebih berperikemanusiaan kerana soal nyawa bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.
“Adakala duit mampu mengaburi mata tapi saya mohon renung-renungkan mampukah duit mengembalikan nyawa?
“Mungkin kematian atau yang sakit itu bukan dari kalangan keluarga pihak pihak yang harus mengambil tindakan. Tapi hilangkah rasa kemanusian kerana wang ringgit?,” luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati selain turut menitipkan mendoakan semoga anak buahnya itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Allahuakbar, semoga anak saudara dan keluarga Kak Alyah sembuh dari Covid-19. Amin.
“Semoga disembuhkan semuanya dan kembali sihat seperti biasa jua. Amin Ya Allah.
“Semoga diberikan kesembuhan syifa dan dalam lindungan Allah. Amin Allahuma Amin.
“Semoga diringankan sakit mereka dan semua kembali sihat,” antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Datin Alyah & Nazirah Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru 20 Hari Bersalin Secara Normal, Isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam Sudah Ke Gim
Baru memasuki hari ke-20 melahirkan cahaya mata sulung, isteri kepada pelakon filem Paskal, Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam kini dilihat kembali aktif ke gimnasium.
Kongsinya, dia mahu memiliki bentuk badan yang ideal dan sihat.
“It has been 20 days since giving birth and I feel great! So thankful for a speedy recovery.
“I did have a confinement lady with me for 2 weeks and that helped tremendously! I would also like to think the consistent exercising and relatively healthy diet that I kept throughout my pregnancy contributed to my body healing rather quickly.
“I was really nervous about the confinement period because I’ve heard so many different stories but I guess everyone is different and should not stress about rushing the recovery,” tulisnya.
View this post on InstagramBack at it like I never left 💪🏽 #20days #postpartum
A post shared by Nelissa Nezam (@nelissanezam) on
Nelissa pada sama turut bersyukur kerana dia selamat bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi.
“I did have a natural birth with no complications Alhamdulillah.
“Grateful that baby and I are both healthy. And while I’m 3kgs away from my pre baby weight, Kyro is packing on the pounds and I love it!,” tulis Nelissa sambil merakam gambarnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap transformasi seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak.
Untuk rekod, Nelissa dan Ammar mendirikan rumah tangga pada Mac 2016.
Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki, Kyro Shakur yang dilahirkan pada 31 Julai lalu.
View this post on InstagramSalam Aidil Adha from this little guy and I 🖤✨ #kyroshakur
A post shared by Nelissa Nezam (@nelissanezam) on
View this post on InstagramA post shared by Nelissa Nezam (@nelissanezam) on
Foto: Instagram Nelissa Nezam
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI