#MHGlobal [GAMBAR] 10 Tahun Cinta Pasang Surut, Akhirnya Penyanyi Seksi Miley Cyrus Kini Bergelar Mrs Hemsworth, Tahniah!

Share

Pasangan pelakon, Miley Cyrus dan Liam Hemsworth akhirnya sah menjadi suami isteri dalam satu majlis tertutup pada Ahad lalu.

Khabar angin mengenai perkahwinan mereka itu sudah tersebar di laman media sosial namun pasangan itu hanya mengesahkan perkara itu di laman Instagram mereka, hari ini.

Menerusi beberapa foto yang dikongsi, kelihatan kedua-dua mereka sangat bahagia sekali.

“10 years later,” tulis Miley di ruangan kapsyen

Di ruangan komen, ramai yang menarik nafas lega apabila akhirnya mereka berdua berkahwin.

Pasangan itu bertemu pada tahun 2008 semasa berlakon sama dalam filem The Last Song dan jatuh cinta seterusnya membawa kepada pertunangan.

Sama seperti pasangan lain, mereka juga ada dilanda badai menyebabkan kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2013.

Miley kemudiannya bercinta dengan anak Arnold Schwarzenegger iaitu Patrick namun hubungan itu tidak begitu direstui kedua ibu bapa Patrick.

Pada tahun 2015, Patrick dilihat curang terhadap Miley seterusnya membawa kepada perpisahan dan Miley dilihat kembali rapat dengan Liam.

Pada tahun 2016, Liam sekali lagi melamar Miley dan penyanyi lagu We Can’t Stop itu berkata ya dan seterusnya membawa kepada perkahwinan mereka.

Tahniah kepada pasangan ini!

Foto/Instagram: Miley Cyrus

Published by
Khaleeda Rashikin