Dengan fenomena Kpop yang melanda negara kini, nama-nama grup seperti Big Bang, EXO, BTS, Wanna One,NCT dan banyak lagi kian meniti di bibir para peminat.
Susulan itu, tidak mustahil sekiranya ada di kalangan ahli-ahli grup berkenaan yang mulai raih populariti meluas di Malaysia.
MH ingin berkongsi 5 bintang muda Kpop yang menjadi kegilaan gadis di Malaysia. Mana satu pilihan korang?
1. Park Bogum
Pelakon berusia 25 tahun ini merupakan salah seorang selebriti yang popular di Korea Selatan, antara drama lakonannya adalah Hello Lawyer, Reply 1988 dan Love in the Moonlight.
Dia juga pernah datang ke Malaysia pada tahun dua tahun lalu untuk bertemu para peminatnya.
2. Jeon Jungkook
Ads
Merupakan ahli termuda atau dikenali sebagai ‘maknae’ dalam grup fenomena popular, Beyond The Scene (BTS), Jeon Jungkook mempunyai para peminatnya yang tersendiri.
Turut dikenali sebagai ‘golden maknae’ kerana sangat berbakat dalam menyanyi, menari dan malah rapping. Grup ini bakal ke Singapura untuk konsert Love Yourself mereka pada Januari tahun depan dan tiket konsert habis terjual kurang masa 10 minit sahaja.
3. Oh Sehun
Ads
Seorang lagi maknae dalam grup popular, EXO. Sehun juga merupakan seorang pelakon berbakat. Dia juga sangat dikenali dengan muka polosnya yang membuatkan dia kelihatan ‘innocent’.
Bintang berusia 24 tahun ini juga merupakan penari utama dalam grupnya dan suka menunjukkan bentuk badannya yang ‘six pack’ itu kepada peminat.
4. Kang Daniel
Idol berusia 21 tahun ini merupakan pemenang musim kedua rancangan realiti Produce 101 dan kemudiannya debut sebagai ‘centre’ untuk grup Wanna One.
Ads
Pernah datang ke Malaysia sebanyak dua kali, pertama kali pada Januari lalu untuk satu majlis bertemu peminat dan kali kedua pada Julai lalu untuk satu konsert.
Grup ini juga baru sahaja melakukan ‘comeback’ terakhir minggu lalu menerusi lagu Spring Breeze sebelum dibubarkan hujung tahun ini.
5. Cha Eun-woo
Debut sebagai pelakon pada tahun 2013 dan kemudiannya menyertai grup Astro. Mempunyai wajah yang ‘baby-face’ membuatkan selebriti berusia 21 tahun ini mudah mencairkan hati peminat khususnya wanita.
Drama lakonannya dalam Gangnam Beauty tahun ini melonjakkan namanya dalam bidang lakonan. Dia juga kini turut tersenarai dalam majalah GQ Korea, sebagai ‘Men of the Year’.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ernie Zakri mengakui tempoh masa lapan tahun berada dalam industri banyak memberikan pengajaran buatnya.
Katanya, jika dahulu dia mempunyai pendekatan berbeza apabila berdepan dengan masalah, kini penyanyi lagu Misteri itu lebih matang dan bijak mengangani sesuatu.
“Pada Ernie tempoh yang lama dalam industri membuatkan saya lebih kuat. Kalau dulu saya akan masuk dalam bilik menangis, tapi sekarang mungkin akan menangis tapi sekejap lepas tu keluar dan hadapinya.
“Ernie lebih mengamalkan konsep ‘get out and move on’ dan ambil sesuatu itu dari sudut positif. Tak semuanya indah dalam industri ini dan untuk survive kena bijak dari segi strategi dan ‘direction’,” katanya kepada MH.
Ernie berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Ku Bersuara di Pintu, Old Malaya, pada Rabu.
Tambahnya lagi, oleh kerana dia kini lebih tegas dalam menentukan hala tujunya sebagai seorang penyanyi, ada pula yang menganggap dia kini bersikap diva.
“Sebenarnya, saya baru sahaja mendapat keyakinan untuk berkata tidak, bukan nak kata diva tapi cuma timbul keberanian sebab saya baru nampak jalan untuk saya terus berada dalam industri ini.
“Pada saya, ada caranya untuk berkata tidak, bila saya ingin menolak sesuatu perkara itu, saya kan cakap baik-baik supaya orang akan rasa selesa.
“Bukannya saya kata ‘no’ terus, kalau itu iyalah diva cuma saya akan bagitahu dengan baik apa pendapat saya. Dah berani bersuara bukanlah bermaksud diva cuma mempertahankan apa yang saya suka,” katanya lagi.
Ku Bersuara menemui peminat pada 7 Disember lalu manakala MVnya baru dilancarkan hari ini jam 5 petang. Turut kelihatan dalam MV tersebut adalah pelakon, Que Haidar.
Lagu tersebut digubah dan ditulis oleh Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.
Foto/Instagram: Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Datuk Seri Vida menerusi Instagram meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila Azwan Ali memilih untuk mengungkit kisah hitam dalam hidupnya dalam hal melibatkan mereka berdua.
Jelas Vida, meski tidak menatap jenazah arwah anak-anak buat kali terakhir, namun mereka didakwa tidak rentung, sebaliknya punca kematian ialah kerana terhidu asap tebal kebakaran.
“Saya memang tidak melihat jenazah arwah buat kali terakhir tapi dia tidak rentung. Mereka mati berpelukan dan kerana lemas asap.
“Saya selalu berdoa supaya keluarkanlah segala memori itu daripada fikiran kerana terlalu sakit dan azab. Orang nampak saya tergedik-gedik, namun saya sering berdoa supaya tinggalkanlah sedikit sahaja memori anak untuk dibuat kenangan,” jelasnya menahan sebak.
Sementara itu, pengurus acara Vaganza Foodfest, Dyla turut menyifatkan tindakan Azwan Ali sebagai tidak berhati perut kerana melibatkan anak-anak Vida yang telah meninggal dunia akibat kebakaran.
Menurut Dyla, pembantu peribadi Azwan Ali menghubunginya secara peribadi untuk berbincang soal gerai di Vaganza Foodfest di saat akhir.
“Dia meminta booth sedangkan waktu itu kami sudah menutup tempahan. Namun saya menerimanya dan memberikan booth pakej Gold yang berharga RM2500 dan dia berniaga hanya sehari dan selepas itu menutup gerai.
“Duit meja yang ditambah juga belum dilunaskan. Dia datang pun tidak dijemput dan telah menuduh kami,” jelas Dyla menerusi Igtv di laman Instagram usahawan terbabit.
Azwan Ali sebelum ini berang apabila kemunculannya di atas pentas bagi mempromosikan minyak wangi Vida di Vaganza Foodfest tidak menerima sebarang bayaran, lalu bertindak membakar minyak wangi pemberian Vida selain didakwa menghina kematian dua anak usahawan selebriti itu.
Foto : Instagram Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, Nabil Mahir mengakui dirinya rasa sebak setiap kali menonton video kejutan kehamilan yang dilakukan isterinya itu.
Menurut Nabil, perasan tersebut pasti akan datang apabila mengenangkan momen indah tersebut, apatah lagi tidak menyangka bakal bergelar bapa selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.
“Meski saya sudah tonton video tersebut beberapa kali, tapi ia masih membuatkan mata saya berair. Setiap kali tengok, ia mengingatkan saya detik pertama kali saya dapat berita gembira itu,” katanya kepada MH.
Ayda pula menjelaskan, video kejutan yang turut dikongsikan di laman Instagram masing-masing itu merupakan respon spontan dari bekas hos HLive! itu.
“Nabil memang tidak jangka apa-apa sebenarnya. Ketika itu kami berada di pejabat dan saya secara senyap-senyap minta pengurus peribadi untuk belikan kit ujian kehamilan.
“Saya pesan belilah dua sebab saya tak pernah guna benda tu. Saya beritahu dia, saya saja nak cuba.
“Bila perkata kali cuba, kit tersebut macam rosak. Bila kali kedua, ia berhasil. Ketika itu kandungan baru mencecah 2 minggu. Saya sendiri tidak percaya, betul ke?
“Jadi, saya terfikir untuk buat kejutan pada Nabil. Saya minta kotak susu dikosongkan dan bubuh kit ujian kehamilan. Saya panggil dia kononnya untuk promosikan Kisu. Apa yang anda lihat adalah reaksi spontan Nabil, bukan dibuat-buat,” katanya.
Pasangan selebriti ini mengumumkan usia kandungan mereka sudah pun memasuki bulan keempat pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat & Nabil Mahir di Hotel Majestic, Kuala Lumpur minggu lalu.