Peminat seni di Indonesia dan negara ini turut tumpang gembira apabila aktor terkenalnya, Baim Wong telah selamat bergelar suami kepada model dan aktres Paula Verhoeven, semalam. Pasangan sama cantik sama padan itu disatukan di dalam suatu majlis yang penuh eksklusif.
Malah pasangan ini juga turut berkongsi momen sekitar majlis seterusnya mengharapkan agar ikatan yang dibina dipermudahkan dan kekal sampai bila-bila.
“Mohon doa restu untuk pernikahan kami,” tulis Baim menerusi salah satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya.
jom ikuti beberapa trivia menarik mengenai perkahwinan pasangan selebriti ini.
Mereka telah selamat diijab kabul dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di The Tribata, Jakarta, Indonesia dan hanya dengan sekali lafaz, mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.
Ads
Dengan mas kahwin sebanyak Rp 222.018 (rupiah) dan 11 gram emas, majlis pernikahan telah diadakan secara tertutup dan hanya diraikan oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti.
Terdahulu, Baim dan Paula telah melangsungkan majlis pertunangan pada 21 Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula dan mereka mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu.
Majlis perkahwinan mereka turut siarkan secara langsung menerusi saluran YouTube di sana.
Ads
Baim sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan pelakon, Elfira Loy.
Pelakon, Anita Baharom memaklumkan perkembangan terkini ibunya, Hajah Wirmah Pawanchee yang sebelum ini kritikal dan beberapa masalah kompilkasi kesihatan.
Difahamkan, ibunya telah jatuh sakit sejak minggu lalu dan berada keadaan tidak sedarkan diri.
Menerusi entri terkini di akaun Instagram, pelakon berusia 38 tahun itu memaklumkan ibunya kini kembali sedar sekaligus menunjukkan perubahan positif.
“Assalamualaikum wbt Berkat doa semua.. para sahabat syurga semua.. Alhamdulillah tabarakallah. Mak Ita yang mana minggu lepas x sedarkan diri, telah menunjukkan respond.
“Ada tindak balas bila Ita bercakap dengan Mak. Bertalu talu mohon ampun dan maaf pada Mak. Ita tanya .. Mak sayang Ita tak.. yangggggg Mak jawab..
“Terima kasih mak.. Kalimah Allah sentiasa di bibir Mak.. sentiasa mengucap 2 kalimah syahadah,” tulisnya.
Di samping berkongsi cerita bersama peminat, Anita turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan ibu tercinta.
“Terima kasih semua .. berkat doa kalian Mak Ita di beri kekuatan untuk terus kuat. MasyaAllah. ada beberapa lagi komplikasi pada Mak.. Ita mohon doa semua lagi moga Allah permudahkan urusan Mak dan Mak di beri kesembuhan. ameen ameen ya Rabb.
“Mak… kami anak anak cucu menantu semua sayang Mak,” tulisnya lagi.
Rentetan isu berbalas kenyataan bersama pelakon, Iqram Dinzley, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan hubungannya dengan rakan selebriti tersebut tidak akan pernah berubah.
Menurut Fazley, dia sebenarnya tidak berniat untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan sensasi, sebaliknya, ia hanyalah sekadar pandangan peribadi.
“Pada saya, Iqram akan sentiasa menjadi sahabat saya. Tujuan saya mengeluarkan kenyataan sedemikian bukan untuk menegur tapi sekadar memberikan komen dan pendapat.
“Setiap orang didalam industri ini bebas untuk memberikan pendapat. Prinsip saya tetap satu, tidak kiralah pelakon, penyanyi atau pemain muzik, kita semua satu keluarga. Saya ada abang long, kak long, pak teh dan macam-macam lagi.
“Bila saya memberikan komen, tiada langsung niat untuk menjatuhkan atau menjadikan isu tersebut sensasi. Apa yang saya dan Iqram katakan, isu ini bukan untuk diperdebatkan.
“Dia bebas untuk mengatakan apa sahaja. Begitu juga saya. Pada saya, dia masih sahabat,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Asmara Ini itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan menu baharu Tony Roma’s yang berlangsung di, Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Fazley turut memaklumkan dirinya juga tidak mengambil hati dengan apa yang telah diperkatakan oleh Iqram kepadanya.
“Pada saya, apa yang dilakukan oleh Iqram, itu adalah kebebasan dia. Saya tetap menghormatinya kerana itu yang dia rasai. Saya tak boleh berkata apa-apa kerana saya bukan mengkritiknya.
“Saya hanya menyuarakan apa yang ibu bapa rasakan. Pada saya, dia ada kebebasan untuk bersuara sebab itu platform dia sendiri. Apa yang dia nak cakap itu hak dia.
“Saya tak ambil hati pun dan saya harap dia juga begitu. Melainkan kalau saya memang mengkritik. Kalau saya kritik, ia akan jadi pedas tapi itu hanya lontaran pendapat,” komgsi lagi.
Ketika ada pihak yang menyifatkan tindakan Iqram itu sebagai keterlaluan, bapa kepada empat orang cahaya mata ini berpandangan, setiap orang punyai cara yang tersendiri untuk memberikan pandangan.
“Pada saya, itu memang cara dia. Setiap artis ada cara masing-masing. Ada yang bercakap pedas, ada yang lembut dan ada juga yang bercakap tanpa mengira perasaan. Itu adalah content masing-masing.
“Kalau saya berjumpa Iqram di luar, dia masih macam orang biasa. Kami tetap bersahabat. Kalau itu cara mereka melontarkan pendapat, siapa kita nak menilai,” akhirinya.
Baru-baru ini, Fazley secara terbuka menyuarakan rasa kurang senang dengan kontroversi yang dicetuskan oleh Iqram yang dikatakan sengaja mencekik pelakon, Mona Ellen demi mempromosikan drama.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat reaksi balas daripada Iqram yang mengatakan netizen pada masa kini sudah bijak menilai segala tindak tinduk para selebriti.
Malah, Iqram juga turut berkongsi foto tangkap layar daripada seorang netizen yang mengungkit kembali kisah kontroversi pangkat doktor yang pernah dikaitkan dengan Fazley suatu ketika dahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Pelakon yang terkenal dari drama bersiri Titian Cinta itu seakan-akan menulis ucapan dedikasi buat seseorang.
Lantas, netizen bertanya kepada siapakah Farah memberi dedikasi tersebut.
Rata-rata netizen menyangka dedikasi oleh Farah itu dituju kepada seorang pelakon terkenal, Fikry Ibrahim. Malah netizen juga turut mendoakan supaya Farah akan dijodohkan bersama dengan Fikry.
Alahai, sweet betul lah Farah ini. Bukan sahaja cantik dan jelita, malah pandai ambil hati orang yang tersayang.
Untuk rekod, Farah Nabilah telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular.
Foto : Instagram Farah Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!