Peminat seni di Indonesia dan negara ini turut tumpang gembira apabila aktor terkenalnya, Baim Wong telah selamat bergelar suami kepada model dan aktres Paula Verhoeven, semalam. Pasangan sama cantik sama padan itu disatukan di dalam suatu majlis yang penuh eksklusif.
Malah pasangan ini juga turut berkongsi momen sekitar majlis seterusnya mengharapkan agar ikatan yang dibina dipermudahkan dan kekal sampai bila-bila.
“Mohon doa restu untuk pernikahan kami,” tulis Baim menerusi salah satu foto yang dimuat naik di Instagram miliknya.
jom ikuti beberapa trivia menarik mengenai perkahwinan pasangan selebriti ini.
Mereka telah selamat diijab kabul dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di The Tribata, Jakarta, Indonesia dan hanya dengan sekali lafaz, mereka sudah menjadi suami isteri yang sah.
Dengan mas kahwin sebanyak Rp 222.018 (rupiah) dan 11 gram emas, majlis pernikahan telah diadakan secara tertutup dan hanya diraikan oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti.
Terdahulu, Baim dan Paula telah melangsungkan majlis pertunangan pada 21 Julai lalu di Balemong Resort, Semarang, Indonesia, tempat asal Paula dan mereka mula menjalinkan hubungan sejak setahun lalu.
Majlis perkahwinan mereka turut siarkan secara langsung menerusi saluran YouTube di sana.
Baim sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan pelakon, Elfira Loy.
Foto: Instagram Baim Wong