Tahniah MH ucapkan kepada pasangan Nick Jonas dan Priyanka Chopra yang kini sah menjadi suami isteri.
Pasangan itu berkahwin dalam satu upacara di India sambil dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat mereka.
Dalam pada itu, baik Nick dan Priyanka sendiri berkongsi foto majlis yang bermakna buat mereka itu di laman Instagram masing-masing.
“Antara salah satu perkara yang paling bermakna adalah apabila menyatukan dua buah keluarga yang sayang dan hormati kepercayaan dan budaya masing-masing.
“Dan juga merancang perkahwinam ini juga adalah sesuatu yang sangat best. Perkara paling utama dalam satu perkahwinan untuk gadis India adalah ‘mehendi’,” tulis Nick.
Nick dan Priyanka mula digosipkan bersama apabila kelihatan mesra di Met Gala Mei 2017.
Mereka kemudiannya bertunang empat bulan menerusi adat istiadat di India.
Foto/Instagram: Nick Jonas & Priyanka Chopra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Setakat Ini, Tidak Akan Kembali Bertanding Di AJL,” – Siti Kekal Takkan Nyanyi Anta Permana Di Pentas Final
Buat kesekian kalinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menyatakan pendiriannya untuk tidak lagi bertanding di Anugerah Juara Lagu.
Kenyataan tersebut dibuat bintang tersohor ini apabila single terkininya, Anta Permana turut dicalonkan di Muzik-Muzik.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Malah lagu berkenaan dikatakan mempunyai harapan cerah untuk mara ke peringkat akhir pertandingan nyanyian berprestij itu.
“Setakat ini, saya tidak akan kembali bertanding di AJL. Biarpun keputusan ini sebenarnya menghampakan peminat, saya akur.
“Namun mana tahu pada waktu mendatang, saya mungkin berubah pendirian. Tetapi, apa yang boleh saya katakan, saya menyerahkan 100 peratus kepada pencipta lagu untuk memilih calon sesuai menyanyi lagu Anta Permana,” katanya seperti yang dipetik Berita Harian.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut mengakui dia tidak membantah andai lagu berkenaan dinyanyikan penyanyi lain, andai ia marah ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik kelak.
“Saya tiada bantahan, malah sekiranya Ernie Zakri menjadi pilihan, saya terima dengan terbuka.
“Dalam hal ini, saya selesa membiatkan Hael Husaini atau Eza Kong memilih dan menentukan siapa yang mereka mahukan.
“Saya hanya boleh memberi idea, namun terserah kepada Hael dan Ezra kerana lagu itu milik mereka,” katanya.
Kali terakhir Siti bersaing di anugerah muzik tahunan itu menerusi lagu Destinasi Cinta pada AJL 2007 lalu.
Foto: Carian Google/Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Mengapa Bukan?,” – Sasha Akui Selesa Luah Perasaan Dalam Bahasa Inggeris, Jelaskan Apa Sebabya
Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin mendedahkan sebab mengapa dirinya memilih untuk meluahkan perasaan di dalam Bahasa Inggeris buat para pengikutnya di Instagram.
Anggota kumpulan Elite itu menjelaskan, meski dia mahur mahir berbahasa kebangsaan, namun ibunya yang merupakan guru Bahasa Inggeris yang memberi penekanan terhadap bahasa tersebut menyebabkan ia berlaku.
Malah, Sasha turut mendapat keputusan yang cemerlang menerusi mata pelajaran berkenaan.
“Bahasa Jiwa Bangsa. Sejujurnya saya lebih selesa meluahkan perasaan saya dengan menggunakan bahasa Inggeris. Tak mengapa bukan? Mungkin bagi saya apabila ditanya mengapa saya lebih gemar bercerita dalam bahasa Inggeris saya jadi hairan. Mengapa tidak?
“Saya bersekolah di SK (P) Bukit Bintang dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5 dan boleh berbicara dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
“Jawapannya mungkin kerana ibu saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat cerewet dalam memastikan kami boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik? Yang pasti gred A saya berjaya perolehi untuk kertas 1119 yang mengikut piawaian British ‘O’ Levels adalah perkara yang harus baginya.
“Untuk mendapat keputusan itu bukan senang. Banyak buku Inggeris yang harus saya baca, lagi-lagi berbentuk kesusasteraan klasik. Tu belum termasuk berpuluh-puluh karangan saya harus tulis dan pembetulan yang disalin berulang-ulang kali setelah diperiksa,” jelasnya.
Lalu, ia secara tidak langsung membuatkan ibu kepada seorang cahaya mata ini untuk lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu.
Pada masa sama, Sasha turut berkongsi mengenai sebuah kitab dengan terjemahan Inggeris yang cukup bermakna bagi dirinya.
“Hasil daripada itu saya menjadi lebih cendurung kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian saya.
“Buku kitab Al Quran dengan penterjamahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali kepunyaan ibu saya adalah buku yang sangat istimewa bagi saya bukan sahaja kerana buku itu telah membimbingnya sebagai seorang muaalaf malah ia telah dapat membantu diri saya melalui kemurungan.
“Bermula dari situ saya mencari buku-buku khasanah pemikiran Islam dalam bahasa Inggeris di toko-toko buku sekitar Kuala Lumpur antaranya di @dakwahcornerbooks yang menjual buku-buku dan video-video cendekiawan serta ulama dari seluruh dunia memberikan perspektif Islam yang sangat optimistik dan membina.
“Bagi saya apa pun bahasa yang digunakan kita harus berbahasa dengan baik dan benar supaya apabila kita serasi dan sebati menyampaikan apa yang mahu disampaikan dari jiwa ianya tulus dan ikhlas.
“Bak pepatah “Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.” #p/s Teruja jumpa @dakwahcornerbooks cawangan Mekkah,” titip Sasha yang difahamkan baru sahaja selesai menunaikan umrah bersama suami tersayang.
View this post on InstagramA post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on
Foto: Instagram Sasha Saidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tertelan Pin Tudung, Bayi 10 Bulan Dibedah
Di laman media sosial kelmarin telah tular gambar x-ray seorang bayi berusia 10 bulan, Muhammad Naufal Hakim tertelan pin tudung.
Menurut sebuah sumber, kejadian tidak diingini ini telah berlaku pada Jumaat lalu dan pihak hospital berkata bahawa Naufal telah dibedah kelmarin dan pin yang tersangkut pada paru-parunya juga telah selamat dikeluarkan.
Kini Naufal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan difahamkan keadaannya juga stabil dan masih di bawah jagaan doktor.
Kejadian ini difahamkan terjadi apabila Naufal yang pada waktu itu sedang didukung oleh ibunya telah menarik pin tersebut pada tudung ibuya itu dan memasukkan objek yang berukuran kira-kira tiga sentimeter itu ke dalam mulutnya.
Sumber juga mengatakan, berdasarkan maklumat dari laman sosial, kejadian ini telah menyebabkan Naufal mengalami luka yang agak dalam dan serius.
Kadang-kadang perkara sebegini yang tidak kita jangka akan terjadi dan ianya sangat membahayakan nyawa.
Kepada ibu dan bapa atau penjaga diminta untuk sentiasa berhati-hati dalam menjaga anak kecil yang masih tidak faham dengan dunia sekelilingnya. Berhati-hatilah dalam meletakkan barangan yang berbahaya dan bersaiz kecil merata-rata sehingga boleh dicapai oleh anak anda.
Semoga kejadian yang berlaku ini diambil iktibar oleh semua agar perkara seperti ini tidak lagi berulang kerana ianya benar-benar bahaya dan boleh meragut nyawa.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI