Awal minggu ini, penyanyi dan pelakon, Demi Lovato kembali aktif semula di laman Instagramnya.

Dia berkongsi foto setelah selesai berlatih seni mempertahankan diri, Jiu Jitsunya.

“Berpeluh, rambut selekeh setelah jiu jitsu,” tulisnya.

Berikutan itu, kelihatan ramai ‘haters’ yang meninggalkan komen kejam mengutuk tubuh dan berat penyanyi lagu Heart Attack itu.

Tidak tahan membaca komen tersebut, kakak Demi, Dallas segera membalas kesemua komen jahat netizen itu.

“Korang tau apa? Ini saya nak cakap pada semua tabloid di luar sana yang memanggil adik saya gemuk, pergi matilah sebab dia adalah wanita yang paling cantik kuat dan menakjubkan saya pernah jumpa.

“Maaflah sebab adik saya cantik, masih hidup dah masih berupaya melawan kesemua dugaan hidup ini,” tulisnya bangga.

IKLAN

Selain Demi, MH juga ingin berkongsi 5 selebriti lain yang harus berdepan dengan isu ‘body-shaming’ ini dan kesemua mereka membalas semula kata-kata kejian netizen itu.

1. Selena Gomez

#MHGlobal “Go F**k Yourself, Dia Adalah Wanita Paling Cantik, Kuat Dan…,”- Kakak Demi Lovato Hadap ‘Body-Shaming’, Termasuk Barisan Artis Ini!

Penyanyi lagu Same Old Love pernah dikutuk apabila muat naik foto memakai baju renang. Dia kemudiannya membalas semula mengatakan dia ‘gembira menjadi diri sendiri’.

2. Tyra Banks

IKLAN

#MHGlobal “Go F**k Yourself, Dia Adalah Wanita Paling Cantik, Kuat Dan…,”- Kakak Demi Lovato Hadap ‘Body-Shaming’, Termasuk Barisan Artis Ini!

Sebuah akhbar tabloid mengkritik tubuh badan Tyra membuatkan supermodel itu membalas dengan memberikan kenyataan ‘kiss my fat ass’ di live TV.

3. Serena William

#MHGlobal “Go F**k Yourself, Dia Adalah Wanita Paling Cantik, Kuat Dan…,”- Kakak Demi Lovato Hadap ‘Body-Shaming’, Termasuk Barisan Artis Ini!

Pernah dikutuk mengatakan tubuh badannya kelihatan seperti lelaki. Susulan itu, rakan selebriti, J.K Rowling muat naik foto pemain tenis itu berpakain sungguh cantik sekali dalam sebuah dress berwarna merah.

IKLAN

4. Emma Stone

#MHGlobal “Go F**k Yourself, Dia Adalah Wanita Paling Cantik, Kuat Dan…,”- Kakak Demi Lovato Hadap ‘Body-Shaming’, Termasuk Barisan Artis Ini!

“Makan sandwich je, kamu nampak macam sakin,” berikut merupakan komen-komen jahat netizen kepada pelakon filem La La Land ini. Namun, itu semua tidak terkesan kepada Emma malah mengajak orang ramai agar tidak berkelakuan sedemikian.

5. Jennifer Lawrence

#MHGlobal “Go F**k Yourself, Dia Adalah Wanita Paling Cantik, Kuat Dan…,”- Kakak Demi Lovato Hadap ‘Body-Shaming’, Termasuk Barisan Artis Ini!

“Kalau ada sesiapa yang berbisik perkataan ‘diet’ pada saya, saya akan cakap pergi matilah,” katanya tegas terutama kepada mereka yang sering mengkritik tubuh badannya.

Foto/Instagram: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI