
Filem Home Alone pernah menjadi fenomena pada tahun 90-an dahulu malah ia juga turut menaikkan pelakon utamanya, Macaulay Culkin menjadikan dia pelakon kanak-kanak terlaris pada masa itu.
Boleh dikatakan juga pada setiap Krismas akan kelihatan stesen televisyen menyiarkan semula filem tersebut.
Kini, Culkin kembali aktif dalam bidang lakonan kembali dengan video menyaksikan dia membuat semula babak-babak di dalam filem itu namun digantikan dengan dirinya yang sudah besar.
Berkolaborasi dengan Google, Culkin juga tidak lupa menyelitkan kesan pengunaan teknologi masa kini yang semakin mudah dengan adanya bayaran online dan sebagainya.
“#Heygoogle pernah terfikir tak bagaimana Kevin McCalister bila dah besar? Saya pun. Namun, kalau korang semua ingin tahu, korang patut tonton ini,” kongsinya di Twitter.
#heygoogle Have you ever wondered what Kevin McCallister is like as an adult? Me neither. But just in case you’re curious you should totally watch this #ad pic.twitter.com/uO9qMPrUT3
— Macaulay Culkin (@IncredibleCulk) December 19, 2018
Di ruangan komen, kelihatan ramai terutamanya mereka yang membesar dengan filem Home Alone mengimbau kembali momen ikonik tersebut.
Untuk pengetahuan, pembuatan semula itu dibuat 28 tahun selepas Home Alone ditayangkan. Nostalgia betul!
Foto:Twitter
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Toksah Terpedaya Dengan Tambang Murah,” – Dr Say Nasihat Jangan Ambil Risiko Meski Cuti Sekolah Bakal Tiba

Telah merancang percutian ke Australia bersama keluarga, namun mengenangkan kes jangkitan COVID-19 semakin menular di Malaysia, Dr Say Shazril terpaksa melepaskan impian demi menjaga keselamatan keluarga.
Pada masa sama, dia turut menasihati ibu bapa supaya tinggal di rumah walaupun musim cuti persekolahan bakal tiba.
Jelasnya walaupun Malaysia tidak mencatatkan kes kematian namun jangan ambil risiko.
“Topik : Stay Safe Peeps, Please.
“Baru2 ni sy buat poll kat story mana best nak pergi bercuti bersama bini & Ace yg masuk 10 bulan semalam sebab bini dah amik cuti 4hari, samaada Perth/ Gold Coast. Tapi hari demi hari bila bukak berita, COVID-19 makin mengganas.
“Kat Australia pun sy baca mereka dah mula prepare for the worst dengan supermarket diserbu untuk stock up keperluan asas.
“Maka terpaksalah kami tangguhkan perjalanan kami & so should u peeps. Sy tau cuti sekolah is coming soon tapi jangan pandang remeh COVID-19 ni. 2nd wave kat Msia ni menakutkan. Kalau masa 1st wave hanya 22kes, as of today total positive kes COVID-19 melonjak kepada 83 kes, thats 61 kes sahaja for the 2nd wave!
“Sy tau Msia tiada lagi kematian but why do u wanna take the risk? Tangguhkanlah dahulu perjalanan anda. Toksah terpedaya dengan tambang murah etc tu,” jelasnya.
Ulasnya lagi, sekiranya ada individu yang merasakan punya kontak rapat dengan mereka yang dijangkiti COVID-19, jangan ke klinik, sebaliknya terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Satu lagi, kalau anda rasa anda ada kontak rapat dengan mereka2 yg positif COVID-19 janganla datang kat klinik kata “doc sy nak check samada sy ada COVID-19 sebab sy ade kontak rapat…” menganiaya pesakit & doktor kat klinik tu instead terus pergi ke hospital atau boleh hubungi Crisis Preparedness & Respons Center hotline di website @kementeriankesihatanmalaysia.
“One last thing, do keep urself updated dengan current COVID-19 issue ni please, kes isteri juara Da’i tu update kemudian k? Jangan biar Ace pandang korang mcm Ace pandang sy,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Sehingga kini, terdapat lima kes terkini yang direkodkan menjadikan jumlah kumulatif positif wabak berkenaan ialah 55 kes.
Foto : Instagram Dr Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Bedah Siap Minta Nurses Panggilkan Doktor Lelaki Untuk Tolong Tolak Perut Supaya Baby Keluar,” – Rea Kool FM Cerita Detik Bersalin Anak Sulung

Penyampai radio Kool FM, Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad ada berkongsi pengalaman bersalinkan anak pertamanya, Dhia Madeena yang dilahirkan Julai tahun lalu.
Rea, 33, menerusi Instagram mendedahkan, dia masih ingat akan kesukaran untuk melahirkan anak pertamanya itu, hingga petugas terpaksa meminta bantuan doktor lelaki demi memastikan dia mampu bersalin dengan baik.
“Ingat lagi kejadian dalam OT. Bilik sejuk yang amat. Menggeletar badan non-stop. Tengok doktor borak2 sambil nak keluarkan Dhia Madeena.
“Dah sampai time nak keluarkan Dhia, bayangkan doktor panik! Siap cakap ‘Ya Allah baby kenapa tak nak keluar ni!’.
“Bayangkan masa tu apa yang I rasa. Kalau doktor panic, I double triple panic tapi tak dapat buat apa sebab dah kena bius setengah badan.
“Doktor perempuan yang bedah I siap mintak nurses panggilkan doktor lelaki utk tolong tolak perut I supaya baby keluar.
“At last, keluarlah Dhia Madeena dari perut mommy. Masa tu mmg tak rasa apa2 sbb bius ada lagi. Tapi I nak keluar dari bilik tu cepat2 sebab sejuk yang amat. Sumpah tak tipu. Nurse bagi heater pun tak jadi apa,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang membahagiakan apatah lagi apabila melihat anak membesar dengan baik di hadapan mata.
“Takpe Dhia. Tu semua pengalaman mommy lahirkan Dhia. Tengok awk membesar dengan sihat pun dah hilang semua sakit. Moga Dhia menjadi anak yang solehah dan dirahmati Allah selalu. I love you,” tulisnya.
Rea mendirikan rumah tangga bersama pemain dram kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim pada 18 November 2018.
Foto: Instagram Rea Kool FM
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Wah! Meriahnya Majlis Baby Shower Nourul Depp, Serba Kuning

Penyanyi Nourul Depp telah mengadakan majlis baby shower beberapa hari lalu.
Menariknya, penyanyi yang terkenal dengan lagu Kerana Terluka itu telah berkongsi beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Selain itu, beberapa rakan artis turut hadir ke majlis tersebut antaranya Ning Baizura, Zahida Rafik, Salamiah Hassan, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Bertemakan warna-warna lembut seperti merah jambu dan kuning menjadi pilihan Nourul untuk majlis tersebut.
Malah, Nourul sudah memberikan nama untuk bayi yang bakal dilahirkan itu, Isabella Depp.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
Foto : Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI