Filem Home Alone pernah menjadi fenomena pada tahun 90-an dahulu malah ia juga turut menaikkan pelakon utamanya, Macaulay Culkin menjadikan dia pelakon kanak-kanak terlaris pada masa itu.

Boleh dikatakan juga pada setiap Krismas akan kelihatan stesen televisyen menyiarkan semula filem tersebut.

Kini, Culkin kembali aktif dalam bidang lakonan kembali dengan video menyaksikan dia membuat semula babak-babak di dalam filem itu namun digantikan dengan dirinya yang sudah besar.

Berkolaborasi dengan Google, Culkin juga tidak lupa menyelitkan kesan pengunaan teknologi masa kini yang semakin mudah dengan adanya bayaran online dan sebagainya.

IKLAN

“#Heygoogle pernah terfikir tak bagaimana Kevin McCalister bila dah besar? Saya pun. Namun, kalau korang semua ingin tahu, korang patut tonton ini,” kongsinya di Twitter.

IKLAN

Di ruangan komen, kelihatan ramai terutamanya mereka yang membesar dengan filem Home Alone mengimbau kembali momen ikonik tersebut.

IKLAN

#MHGlobal Ingat Filem Ikonik Krismas, Home Alone? Kini Pelakon Utamanya, Macaulay Culkin Buat Remake Baru! #MHGlobal Ingat Filem Ikonik Krismas, Home Alone? Kini Pelakon Utamanya, Macaulay Culkin Buat Remake Baru!

Untuk pengetahuan, pembuatan semula itu dibuat 28 tahun selepas Home Alone ditayangkan. Nostalgia betul!

Foto:Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI