Majalah Forbes kini muncul dengan senarai model yang paling laris di tahun 2018 ini.

Menariknya, Kendall Jenner berada di tempat teratas mengalahkan nama-nama besar di dalam dunia peragaan dengan kutipan sebanyak USD 22.5 juta (RM94 juta).

Di tempat kedua pula diduduki oleh Karlie Kloss, sebanyak USD 13 juta (RM54 juta) dan tempat ketiga oleh Chrissy Teigen sebanyak USD 11.5 juta (RM48 juta).

Apa-apapun, jom kita lihat senarai model-model terlaris tahun 2018 ini.

1. Kendall Jenner ( RM94 juta)

Adik kepada Kim, Kourtney dan Khloe ini banyak memperagakan jenama-jenama besar seperti Estee Lauder, Adidas, Calvin Klein dan banyak lagi.

2. Karlie Kloss (RM54 juta)

Karlie juga banyak menjana pendapatan menerusi iklan-iklan bersama Swarovski, Estee Lauder dan banyak lagi.

3. Chrissy Teigen (RM48 juta)

Isteri kepada penyanyi, John Legend ini banyak mendapat ‘income’ daripada pengacaraan, Pip Sync Battle dan juga buku masakan keduanya.

4. Rosie Huntinton- Whiteley (RM48 juta)

Teman wanita kepada pelakon Jason Statham ini bekerjasama dengan jenama Marks & Spencer untuk memasarkan jenama pakaian dalamannya, alat solek dan minyak wanginya. Selain itu, dia juga turut melancarkan web kecantikannya sendiri.

5. Cara Delevingne (RM41 juta)

Banyak bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Douglas Cosmetics, Rimmel, Tag Heuer dan Dior Beauty

6. Gisele Bundchen (Rm41 juta)

Dia melancarkan buku berkaitan jalan hidupnya, bertajuk Lessons tahun ini dan banyak memperagakan brand seperti Vivara dan Arezzo.

7. Gigi Hadid (RM39 Juta)

Banyak memperagakan jenama seperti Tommy Hilfiger dan juga jenama alat solek seperti Maybelline dan lain-lain.

8. Bella Hadid (RM35 Juta)

Adik kepada Gigi ini banyak berkolaborasi dengan Dior Beauty, Bulgari dan Tag Heuer. Dia juga merupakan model termuda di dalam senarai tahun ini.

9. Joan Smalls (RM35 juta)

Antara jenama yang diperagakannya adalah Estee Lauder, minyak wangi Moschino dan banyak lagi.

10. Doutzen Kroes (RM33 Juta)

Dia merupakan ‘face of Piaget’, mempunyai jenama pakaiannya sendiri dan juga mempunyai kontrak dengan L’Oreal.

Sumber: Forbes