Baru-baru ini, peminat industri Kpop dikejutkan dengan dua berita selebriti yang dikhabarkan sudah mempunyai teman wanita.
Penutup tahun 2018 melihatkan salah seorang bintang rancangan realiti, Running Man, Lee Kwang-soo mengumumkan mempunyai teman wanita yang juga merupakan pelakon Lee Sun-bin.
Pasangan itu bertemu ketika Lee Sun-bin merupakan salah seorang tetamu dalam Running Man pada tahun 2016 lalu.
Dikhabarkan, ia adalah cinta pandang pertama buat mereka berdua dan hubungan itu telah berlangsung sejak 5 bulan lalu.
Lee Kwang-soo juga dikhabar sudah memperkenalkan Lee Sun-bin sebagai teman wanitanya kepada teman-teman rapatnya seperti pelakon, Jo In-sung dan Do Kyung-soo (EXO D.O)
Hubungan mereka disambut baik oleh para peminat dan mendoakan agar kedua-duanya segera berkahwin.
Dalam pada itu, hari pertama tahun 2019 pula dikejutkan dengan berita pasangan idol, EXO, Kai dan Blackpink, Jennie dikhabarkan mempunyai hubungan cinta.
Perkara itu kemudiannya disahkan oleh agensi kedua-dua idol tersebut iaitu SM Entertainment dan YG Entertainment.
Berita ini sangat mengejutkan memandangkan kedua-duanya merupakan ahli grup paling popular di Korea Selatan.
Susulan itu, kelihatan ada reaksi yang berbeza peminat terhadap berita tersebut. Ada yang memberikan sokongan namun ada juga yang terang-terangan menyatakan tidak bersetuju.
Apa-apapun, kedua-dua mereka sangat bijak merahsiakan hubungan mereka itu, malah jika media Korea Selatan tidak melaporkan foto-foto ‘dating’ mereka, tentu orang ramai tidak akan perasan.