#MHGlobal Nick Jonas Diiktiraf Lelaki Paling ‘Stylish’, Steady Jer Tewaskan The Rock!

Share

Pelakon dan penyanyi, Nick Jonas diiktiraf sebagai lelaki paling ‘stylish’ untuk tahun 2018 ini oleh majalah gaya hidup popular, GQ.

Susulan itu, Nick yang juga suami kepada aktres Priyanka Chopra itu berkongsi rasa terharunya di Instagram.

“Dari dahulu hingga sekarang, saya sering fokus kepada satu perkara dan hanya itu sahaja iaitu menjadi seorang yang ‘stylish’. Tidak hanya ‘stylish’ tapi yang paling sekali.

“Dan walaupun ia mengambil masa 26 tahun, saya sangat gembira akhirnya diiktiraf setelah komitmen yang tidak berbelah bahagi ini.

“Terima kasih dan sama-sama GQ, terima kasih buat ‘stylist’ saya, dan juga kepada calon-calon lain, teruskan usaha anda. Moga-moga tahun hadapan akan menjadi tahun anda pula.

“Kepada para peminat di seluruh dunia yang mengundi saya, ketahuilah bahawa saya tidak mengambil mudah pengiktirafan ini, saya akan memakai mahkota ini dengan penuh bangga serta semua baju-baju ‘stylish’ saya.

“Selamat bercuti semua dan paling penting, sentiasa versatil!,” tulisnya.

Menerusi undian tersebut, Nick mengalahkan Ryan Reynolds, Dwayne ‘The Rock’ Johnson,John Legend, Shawn Mendes, Cole Sprouse dan ramai lagi untuk memenangi ‘title’ tersebut.

Apa-apapun, tahniah MH ucapkan buat Nick Jonas, mungkin inilah yang dikatakan tuah perkahwinan kan?

Foto: Carian Google

 

Published by
Khaleeda Rashikin