Pada tarikh ini tahun lalu, para peminat grup SHINee (Shawol) dikejutkan dengan kematian salah seorang ahli grup tersebut, Jonghyun.
Jonghyun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah apartment namun disahkan sudah meninggal dunia sebelum sempat diberikan rawatan.
Kematiannya nyata mengejutkan apatah lagi dia hanya berusia 27 tahun ketika itu.
Namun begitu, tahukah anda bahawa tarikh 18 Disember juga merupakan tarikh kematian beberapa selebriti lain.
Oleh itu, MH ingin berkongsi selebriti lain yang berkongsi tarikh kematian yang sama dengan Jonghyun.
1. Chris Farley (1964-1997)
Merupakan seorang pelawak di dalam rancangan Saturday Night Live. Dia juga sebenarnya adalah penyumbang suara sebenar untuk filem Shrek. Namun, pihak produk terpaksa merekod semula keseluruhan filem tersebut dan menggantikan suara Foley dengan Mike Myers.
2. Joseph Barbera (1911-2006)
Beliau adalah pencipta kartun Tom &Jerry, The Flintstones dan The Jetsons bersama dengan William Hanna.
3. Zsa Zsa Gabor (1917- 2016)
Mengecap populariti menerusi filem seperti Nightmare On Elm Street 3 : Dream Warrior, The Naked Gun 2 1/2: The Smell Of Fear.
4. Virna Lisi (1936-2014)
Pelakon Itali ini dikenali menerusi lakonannya di dlaam filem Follow Your Heart, The Girl Who Couldn’t Say No. Dia juga turut memenangi anugerah Cesar dan Cannes Film Festival.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Tafsirkan Perasaan Ketika Ini…,” – Belum Pun Dipromosikan Secara Menyeluruh, 200 Keping Tiket Konsert Azharina Sudah Terjual. Hebatnya!
Penyanyi Azharina Azhar merakamkan rasa syukur bercampur terkejut apabila 200 keping tiket konsert solonya, Konsert Azharina Queen of Soul sudah terjual biat majlis pelancaran konsert tersebut baru diadakan semalam.
Bakal dilangsungkan 29 Jun depan di Teater Shah Alam, konsert solo skala besar dari Azharina ini mampu membuatkan lebih 900 penonton.
“Alhamdulillah setelah beberapa lama akhirnya ia direalisasikan. Kami rancang ini sejak tahun lepas sekitar Julai lalu. Tetapi ia makan masa memandangkan kami bekerjasama dengan ramai pihak.
“Bagaimanapun kami dapat sokongan sepenuhnya daripada pelbagai pihak pastinya saya gembira dan bersyukur,” katanya kepada MH.
Malah penyanyi yang kini muncul menerusi single Lakar Janji itu turut lega apabila dia difahamkan, lebih 200 keping tiket sudah pun terjual, meski promosi mengenai konsert tersebut belum lagi dibuat sepenuhnya.
“Saya gembira tapi takut. Saya sendiri tak sangka dengan sambutan yang diterima. Sebab pada awalnya, saya tertanya juga…boleh ke jual 900 tiket ni, ada ke yang nak beli.
“Apa pun, berita ini pastinya memberi signal yang baik. Alhamdulillah,” kongsi Azharina yang tidak sabar untuk menghiburkan peminatnya secara eksklusif tidak lama lagi.
“Cuma yang pasti saya sendiri tidak boleh tafsirkan apa perasaan saya ketika ini. Bercampur-campur sebab saya ni memang jenis macam tu. Teruja tapi pada masa sama saya takut, gementar. Tak tahu apa yang akan jadi masa konsert tu nanti.
“Apapun, nantikan beberapa kejutan yang tak pernah saya buat sebelum ini. Memang sudah rancang sebab inilah masanya,” dedah Azharina yang bakal mengalunkan lebih 14 buah lagu selama dua jam pada malam konsert itu nanti.
Sinonim menerusi lagu Elergi Sepi dan Rawan, Azharina ditemui media pada majlis pelancaran Konsert Azharina Queen of Soul di Blackbox, SACC Mall Shah Alam pada Selasa.
Berkongsi mengenai perincian konsert bersempena dengan 18 tahun penglibatannya dalam industri seni itu lagi, Azharina memberitahu persembahannya nanti akan diiringi pemuzik okestra.
“Saya bakal diiringi pemuzik orkestra. InsyaAllah akan ada beberapa segmen dan setiap segmen itu memberi makna tersendiri. Mungkin akan ada lagu yang akan saya nyanyikan secara duet, mugkin tidak. Nantikan,” jelasnya lagi.
Konsert Azharina Queen of Soul bakal berlangsung selama satu hari sahaja mendapat sokongan Kelab SUK Selangor melalui Kelab SPBT selain bekerjasama dengan Kelab Sukan dan Kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, FUFC The Fighters dan Pemadam Negeri Selangor.
Tiket mula dijual malam ini di www.atlasoneevents.com pada harga RM288 untuk VIP, RM188 (kategori A), RM158 (kategori B) dan RM108 (kategori C).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Hanya 2 Minggu Rancang Majlis Kahwin, MK K-Clique Perjelas Maksud Mas Kahwin RM302
Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique mendedahkan dirinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia tidak terlalu terbuka mengenai isterinya, Siti Hajaar sepanjang tempoh perkenalan mereka yang kini sudah pun memasuki usia empat tahun.
Jelas MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, perkenalan di media sosial telah membawa mereka munuju hari bahagia ini.
“Perkenalan kami sebenarnya bermula di media sosial dan kemudian beralih kepada bertukar-tukar hadiah. Kami dah kenal hampir empat tahun.
“Sebelum ada ikatan yang sah, kami tidak mahu timbul berbagai-bagai fitnah atau spekulasi yang tidak diinginkan.
“Saya memilih Siti Hajaar sebagai isteri kerana dia banyak mengajar saya tentang kehidupan dari segi adab dan percakapan. Dia banyak menegur saya ke arah yang lebih baik terutamanya batas pergaulan,” katanya kepada MH.
MH berkata sedemikian saat ditemui media selepas selesai majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor pada Jumaat.
Pada masa sama, MK turut mendedahkan dia dan isteri hanya mengambil masa selama dua minggu untuk persiapan perkahwinan ini.
“Sebenarnya, perancangan kami ini seperti tidak pernah dibuat orang. Kami rancang l hanya dua minggu. Bukan kata saya nak cepat atau terkejar-kejar, cuma risau ada apa-apa yang berlaku. Jadi, tak salah saya cepatkan.
“Mulanya saya rancang nak aturkan sendiri majlis ini tapi rupanya susah juga. Alhamdulillah saya dapat bantuan daripada orang-orang hebat yang sanggup menolong terutama sekali pengurus saya.
“Saya mahu dahulukan keluarga dan perkara yang baik. Saya tak mahu ada halangan-halangan yang tidak diingini. Perkara ini sangat baik buat saya, isteri dak kedua belah keluarga.
“Dah lama kami rancang nak berkahwin cuma panggilan seru itu baru sampai sekarang,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah mas kahwin berjumlah RM302 itu mempunyai maksud yang tersirat, penyanyi asal Sabah ini memaklum ia merupakah salah satu bait lirik yang telah menaikkan namanya didalam dunia seni.
“Mas kahwin untuk Wilayah Persekutuan adalah RM300. Jadi, saya tambah sahaja RM2. Kalau ikutkan, dalam satu lagu saya sebelum ini ada menyebutkan angka 302.
“Saya bukan nak permainkan mana-mana pihak cuma lirik tersebut telah menghidupkan saya di dalam industri ini. Ia permulaan saya dalam dunia rap. Boleh dikatakan juga ia seperti trademark saya,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Siti Hajaar turut mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk berhadapan dengan asam garam dunia seni suaminya itu.
“Apapun yang berlaku, saya tetap kena bersedia juga untuk menghadapi segala rintangan-rintangan yang akan datang.
“Saya dah persiapkan diri untuk sentiasa sabar kerana saya memang memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti,” katanya.
Terdahulu, MK telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya dengan Siti Hajaar dengan hanya sekali lafaz pada pagi Jumaat.
Pasangan ini juga telah melangsungkan majlis merisik dan bertunang pada tanggal 7 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Ambil Hati, Lagipun Dia Sudah Memohon Maaf,” – Elly Mazlein Ulas Sebutan ‘Janda’ Oleh Janna Nick
Susulan ada yang memberi reaksi terhadap penggunaan bahasa ‘janda’ yang berikan Janna Nick buat Elly Mazlein di dalam sebuah program hiburan yang bersiaran secara langsung, bintang itu memaklumkan dia tidak marah atau pun mempunyai perasaan dendam atau terbit perasaan marah terhadap Janna.
Sebaliknnya, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina menyifatkan ia adalah gurauan dari dua rakan selebriti yang sudah lama saling mengenali.
“Janna sudah saya anggap seperti adik sendiri. Saya tahu apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.
”Saya tak ambil hati pun. Lagipun dia sudah memohon maaf kepada saya sebaik program itu selesai,” katanya.
Elly yang kini sinonim menerusi drama Kampung People turut berharap agar peminat tidak menghentam Janna atas keterlanjuran katanya itu.
“Rasa sedih pula nak tinggalkan kehidupan sebagai ibu tunggal ini. Apabila sudah lama solo saya rasa seronok tapi urusan jodoh ini semua adalah kerja Tuhan.
“Walaupun sedih, hakikatnya saya juga teruja nak kembali menuju ke alam perkahwinan yang berbaki kurang 10 hari lagi. Doakan semoga urusan pernikahan dipermudahkan,” pinta Elly.
Terdahulu, Janna, ketika mengacarakan program Melodi menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila menggunakan perkataan tersebut terhadap Elly.
Elly pada masa sama bakal melangsungkan perlahwinannya, pertengahan Januari ini.
Lalu, ada yang menyifatkan Janna sebagai tidak sensitif selain tidak menghormati status Elly yang hadir sebagai tetamu undangan di samping Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah bagi mempromosikan drama bersiri, Kampung People.
Malah, tindakan Elly yang membantu Janna yang terjatuh ketika mengendalikan program terbabit turut disifatkan sebagai ‘balasan’ di atas ketelanjuran mulutnya itu.
Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Elly Mazlein
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI