Penyanyi, Taylor Swift mempunyai syarikat rakaman yang baru!

Penyanyi berusia 28 tahun itu mengumumkan bahawa dia bakal bakal meninggalkan syarikat rakaman Big Machine Label Group yang telah bersamanya selama 12 tahun, pada Isnin menerusi Instagram.

Penyanyi lagu We Are Never Ever Getting Back Together itu kini menandatangani kontrak baru bersama Republic Record dan Universal Music Group.

Lebih mengejutkan apabila, Taylor juga turut ‘claim’ kesemua lagu hasil ciptaannya sewaktu berada di bawah label tersebut.

“Sukacita saya ingin memaklumkan bahawa rumah musikal terbaru sata adalah Republic Records dan Universal Music Group.

“Selama beberapa tahun ini, Sir Lucian Grainge dan Monte Lipman telah menjadi ‘rakan kongsi’ terbaik. Saya sangat teruja bahawa mereka dan grup UMH akan menjadi syarikat rakaman saya untuk masa hadapan.

“Saya juga sangat teruja untuk mengetahui bahawa lagu-lagu hasil ciptaan saya selepas ini adalah hak milik kekal saya,” tulisnya.

Setakat ini, Taylor mempunyai 6 album penuh, menjual hampir 40 juta album tersebut dan merupakan salah seorang penyanyi wanita paling laris dalam sejarah muzik.

Dia juga menulis sendiri kesemua lagu tersebut sejak berusia 15 tahun lagi. Antara lagu popularnya adalah Teardrops Of My Guitar, Love Story, I Knew You Were Trouble, Style dan terbaru, Reputation.

Foto/Instagram: Taylor Swift