Miss Filipina, Catriona Gray, 24 tahun apabila dia dinobatkan sebagai Miss Universe 2018!
Tempat kedua dimenangi peserta dari Afrika Selatan, Tamaryn Green dan diikuti oleh peserta dari Venezuela, Isabella Rodríguez.
Selain itu, dua lagi peserta yang melangkah ke pentas akhir adalah peserta dari Vietnam, Tran Tieu Vy dan Puerto Rico, Kiara Ortega.
Gray menerima tiara daripada pemenang Miss Universe tahun lalu, Demi-Leigh Nel-Peters. Dia mengalahkan 94 peserta lain malah mencatat rekod baru apabila tahun ini menyaksikan jumlah peserta yang ramai berbanding sebelumnya.
Sedikit info mengenai Gray, dia mula menyertai pertandingan ratu cantik ketika berusia 5 tahun. Ayahnya adalah warga Australia manakala ibunya merupakan warganegara Filipina.
Ketika berusia 18 tahun, dia berpindah ke Filipina menggunakan duit hasil titik peluhnya sebagai model.
Pentas akhir Miss Universe bertempat di IMPACT Muang Thong Thani, Thailand. Ini merupakan kali ketiga negara itu menjadi tuan rumah untuk acara berprestij ini selepas tahun 2005 dan 1992.
Sumber: Newsweek
Foto: Twitter