
Pasangan Justin Bieber dan Hailey Baldwin sering bermain teka-teki dengan orang ramai mengenai status mereka beberapa bulan ini.
Mereka yang pada mulanya bertunang pada pertengahan tahun ini, kemudian dikhabarkan berkahwin dalam satu majlis ringkas bagaimanapun, tiada pengesahan daripada kedua-duanya.
Namun begitu, persoalan terjawab apabila Hailey menukar keluarganya daripada Baldwin kepada Bieber semalam di laman Instagramnya.
Dalam pada itu, Bieber juga turut menulis kapsyen di fotonya bersama Hailey yang mennguatkan lagi andaian orang ramai.
“My wife is awesome,” tulisnya.
Berita ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa hubungan Hailey dan Justin berada dalam keadaan masalah apabila penyanyi lagu Baby itu kelihatan sangat risaukan keadaan kesihatan bekas kekasihnya, Selena Gomez hingga mengabaikan Hailey.
Foto/Instagram: Justin Bieber & Hailey Baldwin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ruhainies Perjelas Isu Jam Tangan Mewah RM17k, Kekasih Yang Bagi…Tak Kan Nak Tolak?

Selepas menjadi isu hangat mengenai jam tangan yang dipakai pelakon Ruhainies yang dianggarkan bernilai lebih RM17,000 seperti hangat diperkatakan pengguna laman sosial, bintang berkenaan mengakui ia merupakan jam tangan lama yang sudah sering dipakainya.
Cuma entah mengapa, jam pemberian kekasih itu menjadi bualan sejak akhir-akhir ini.
Ruhainies, 27, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas seperti yang dipetik Harian Metro menjelaskan, jam itu adalah hadiah daripada kekasihnya, Mr E bersempena hari jadinya tahun lalu.
“Jam ini sudah lama saya pakai, tapi tak tahu kenapa orang baru bercakap. Disebabkan kekasih seorang pengumpul koleksi jam tangan edisi terhad, jadi dia pun menghadiahkan saya seutas jam tangan.
“Orang bagi hadiah, takkan kita nak tolak? Lagipun dia kekasih saya, apa salahnya? Saya bukan jenis orang yang meminta. Apa yang diberi saya ambil. Tahun lalu pun pelbagai hadiah diberikan.
“Ini pertama kali saya pakai jam berharga belasan ribu ringgit. Saya pernah beli sendiri, tapi tidaklah semahal itu. Saya beli mengikut kemampuan saja,” terang Ruhaninies.
Pada masa sama, pelakon drama Jejak Karmila turut berkongsi khabar gembira apabila kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan itu pernah menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.
Ia sebagai simbolik kepada cinta yang terjalin di antara mereka dan melamarnya berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan, Itali.
“Kalau cincin nak merisik atau bertunang belum lagi. Seperti pernah dikatakan sebelum ini, saya nak dahulukan kakak, Risteena. InsyaAllah, majlis perkahwinannya berlangsung November ini.
“Selepas itu, baru fikir saya pula. Kami sudah ada perancangan ke arah itu, cuma belum ditetapkan bila.
“Kalau boleh, biarlah kami fokus pada kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada jodoh tak ke mana,” akhirinya.
Foto: Instagram Ruhainies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menjerit-Jerit, Tarik Tangan,” – Bella Astillah Sebak Lihat Anak Menangis Meraung Di Airport, Saat Berpisah Dengan Aliff Aziz

Sentiasa tenang dan positif tatkala berdepan dengan dugaan yang melanda, penyanyi dan pelakon Bella Astillah tidak akan sesekali memisahkan hubungan antara anaknya, Mohamad Ayden Adrean dengan bekas suami, Aliff Aziz.
Katanya, setiap kali Ayden bertemu dengan Aliff, pasti akan timbul rasa sebak dalam diri pelakon telefilem Jamil Balik Kampung itu melihat keakraban antara hubungan dua beranak itu.
“Ketika Ayden mahu berpisah dengan Aliff (Malaysia-Singapura) di airport (lapangan terbang) Ayden akan meraung menagis kuat, menjerit-jerit dan tarik tangan ayah dia (Aliff) agar Aliff dan saya sama-sama menuju pulang.
“Malah, Aydeen akan terus menagis sehingga menaiki pesawat.
“Secara tak langsung, saya berasa sebak melihat wajah Aydeen,” kata Bella.
Bintang ini ditemui MH di Pokok Cafe, Kuala Lumpur siang tadi sempena majlis pelancaran produk Luxe Perfect Cover Foundation.
Dalam masa sama, anak kelahiran Sabah ini merakam momen kesedihan Aydeen yang tercalon dalam Top 20 untuk kategori Si Cilik Meletop di AME2020 turut berkongsi video tersebut pada bekas suaminya.
“Kadang-kadang saya terfikir macam mana nak balik Singapura pada masa akan datang untuk mengalihkan perhatian Aydeen, tetapi saya tidak berhak berbuat demikian kerana saya tidak mahu pisahkan hubungan mereka sebagai anak dan bapa.
“Ketika Aydeen menagis sedemikian rupa, saya rakam momen tersebut dan saya hantar rakaman tersebut pada Aliff.
“Kadang-kadang terfikir, “adakah aku ini terlalu pentingkan diri sendiri kerana biarkan anak sendiri meraung menagis?,” kongsinya.
Malah, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah reda dengan ujian dariNya.
“Apa-apa pun, saya pasti ada hikmah setiap perpisahan antara Aydeen dan Aliff kerana Allah Maha Mengetahui.
“Dari situ, kita boleh belajar dan menghargai insan tersayang, saya reda dan tawakal sahaja,” katanya tenang.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden yang kini dijaga sepenuhnya oleh Bella.
Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 16 Mei tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Bella akan melancarkan single terbarunya berjudul Tenang yang akan dikeluarkan pada hujung bulan ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sajat Kongsikan Dokumen, Tunjuk Bukti Tidak Bankrap

Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendedahkan dokumen daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi menjelaskan bahawa dia bukan individu berstatus muflis sebagaimana yang didakwa.
Menurut Sajat, dia tidak akan memaafkan sesiapa yang memfitnahnya muflis.
Perkara tersebut dikongsikan ahli perniagaan ini menerusi satu perkongsian di Instagram, pada Isnin.
“Berlambak orang fitnah kata Sajat dah bankruptcy bagai! Siap kata, Sajat dah bankruptcy uols! Korang hadamlah yang mengata aku bankruptcy tu! Tak kan aku ampun kan!
“Sebab dari mulut korang ke mulut, korang yang mendapat dosa! Giteww.. amin, walaupun I dah duduk negara luar, Nur Sajat all kinky, masih berstatus orang BERADA ADA hokey.
“Walaupun name tu, tak SESUAI dengan wajah i cantik ini, nasib kat sini AUSTRALIA, ID sajat female gitew!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI