#MHGlobal Supermodel Pun Turut Puji Gaya Jalan Pemenang Miss Universe, Catriona Gray. Ini Antara Sebab Lain Dia Perlu Jadi Ikon Kecantikan Masa Kini!
Pemilik nama, Catriona Gray ternyata menepati ramalan apabila dia diumumkan sebagai pemenang Miss Universe 2018 tempoh hari.
Bukan sahaja mempunyai rupa yang cantik malah dia juga ada pakej lengkap yang melayakkan untuk mendapat tiara tersebut.
Dia juga sangat sesuai untuk dijadikan ikon kecantikan remaja-remaja masa kini. Oleh itu, MH ingin kongsikan sebab mengapa.
1. Jalan Pun Dah Taraf Supermodel
Mula menyertai pertandingan ratu cantik sejak berusia 5 tahun, malah juga bekerja sebagai model sebelum menyertai pertandingan Miss Universe, Gray tiada masalah untuk jalan di atas pentas ‘runway’.
Lihat sahajalah gaya catwalk di pentas akhir Miss Universe tempoh hari. Walk like a true queen! Malah, supermodel, Tyra Banks pun turut memuji gaya jalannya itu.
“I mean…Pinoy power to the max,” tulisnya di Twitter
Berdarah kacukan membuatkan wajah Gray sedikit berbeza dengan wanita-wanita Philipine yang lain. Kalau korang lihat struktur tulangnya memang terbaik dari ladang lah!
4. Bukan Sahaja Cantik Tapi Aktif Dalam Muay Thai!
Untuk pengetahuan, Gray juga hebat dalam seni mempertahankan diri, Muay Thai. Mula berlatih seawal umur 8 tahun, dia mendapat tali pinggang hitam ketika berusia 12 tahun.
Foto/Instagram: Catriona Gray
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zara Zya memanjtkan rasa syukur diatas segala nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya, selepas impian untuk memiliki kereta idaman dimakbulkanNya.
Di dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Zara,37, memuat naik sekeping fotonya bersebelahan kereta jenis Porsche 718 Boxster warna putih.
Zara Zya Panjat Rasa Syukur Ke Hadrat Ilahi
“Dalam tak sedar, Allah telah pun makbulkan doa kita satu persatu. Apa yang kita ada hari ini, adalah apa yang kita telah doakan. Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan turut menarik perhatian ramai dan para peminat turut tumpang gembira melihat kejayaan yang dikecapinya.
Terdahulu memetik Harian Metro, Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin akui impiannya berjaya direalisasi selepas lebih setahun mengumpul wang.
Akui Zara, dia selesa meletakkan sasaran seterusnya bekerja keras demi apa yang diinginkan.
“Saya memang suka letakkan sasaran dan bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang benar-benar saya mahukan. Saya kumpul wang sejak setahun lalu bagi membeli kereta ini.
“Syukur dan gembira sangat kerana saya memang mahukan kereta ini kerana ia lain daripada yang lain. Saya pun kena juga fikir soal kumpul wang ke depan lagi untuk kos penyelenggaraan dan alat gantinya,” katanya.
Setiap Orang Pasti Berjaya Jika Berusaha Keras!
Zara turut menjelaskan, tujuan utamanya berkongsi perkara itu adalah bagi membuktikan bahawa setiap orang mampu mencapai sasaran jika berusaha keras.
“Bagi saya, ini satu penghargaan hasil titik peluh selepas penat bekerja. Terpulanglah jika ada yang kurang senang dengan perkongsian ini kerana orang tetap bercakap.
“Sesiapa yang kenal rapat saja pasti tahu sasaran saya dan turut mengucapkan tahniah kerana berjaya mencapai impian. Saya anggap ini pencapaian yang cukup bermakna secara peribadi juga,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan XPDC, Ali yang kini sedang dirawat di hospital dilaporkan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh pengendali akaun Facebook, Sahabat XPDC.
Menurut pengendali akaun tersebut, pada mulanya tahap kesihatan Ali telah pun menunjukkan tanda-tanpa positif namun, sejak petang semalam, pernafasannya dikatakan mengalami gangguan sehingga pihak hospital memutuskan untuk menidurkan Ali.
“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 petang hari ni. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.
“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula di ajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.
“Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan di pantau,” tulisnya.
Sementara itu, mereka juga turut memaklumkan Ali tidak dijangkiti Covid-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan Covid-19.
“Ali tidak di jangkiti covid19 cuma sebelum ini dia di letakkan di wad saringan covid. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat.
“Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat kalau untuk kesihatan Mohd Ali Bin Ismail di kembalikan dan sihat seperti dulu,” ujar akaun terbabit.
Memetik laporan Harian Metro, Isteri kepada Ali, Sharifah Syarzana telah menghantar satu kiriman suara kepada sahabatnya memohon suapaya peminat dan rakan-rakan dapat mendoakan semoga suaminya itu kembali sembuh seperti sedia kala.
“Keadaannya 50/50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail telah dikejarkan ke Hospital Ampang sejak Jumaat lalu apabila didapati lemah ketika selesai menjalani latihan di studio milik pemain bass XPDC, Eddie di Pandan Indah.
Kumpulan XPDC difaham sedang giat berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram XPDC & Ali XPDC, Facebook Sahabat XPDC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan yang turut aktif dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Datin Ira Ghani menzahirkan rasa terharu selepas menerima maklum balas baik dari rakan niaga serta selebriti ketika menyambut ulang tahun jenamanya, Aura Seri yang ke-20 tahun bulan lalu.
Kini dikenali sebagai Aura Seri by DIG, penjenamaan semula produknya memberikan azam baru buat pengasasnya itu meski mengakui ada yang seolah-olah pesimis terhadap usahanya itu.
“Saya pernah kongsikan hasrat untuk lakukan ‘comeback’ kepada beberapa rakan artis. Cuma saya bimbang agak-agaknya ada tak yang akan sokong keputusan ini. Jujurnya saya tak sangka, ramai artis yang sokong.
“Antaranya Datuk Rosyam Nor, Datuk Ramli MS, Datuk Awie, Zizan Razak, Liza Abdullah dan ramai lagi. Saya terharu sebabnya bila mereka lihat saya muat naik video ucapan artis di media sosial, ada rakan artis lain yang ‘pm tepi’ tanya mengenai perkara tersebut. Mereka turut tawarkan diri untuk turut sama berikan ucapan tahniah.
“Jenama Aura Seri suatu ketika dulu memang menyokong industri, malahan sehingga kini hubungan itu berjalan dengan sangat baik. Setiap majlis pasti akan diselitkan dengan kehadiran selebriti.
“Tetapi ada juga yang seakan-akan beri respon yang kurang baik. Tidak menyokong tu maksud saya mungkin bila ketika kita ni tengah meletup-letup, semua orang akan datang macam semut, menghurung.
“Tetapi apabila kita mendiam perkara sebaliknyalah yang jadi. Akan tetapi saya tidak berkecil hati kerana jenama ini pun sudah kukuh dan ada pembelinya sendiri. Malah bila penjenaman semula ini, kami lihat ada progres yang positif, alhamdulillah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ira, 44, yang kali pertama berlakon menerusi drama Menantu Ting Tong di samping Ruhainies dan Ben Amir lebih lima tahun lalu itu baru sahaja melancarkan program Santai With DIG di bawah saluran YouTube sendiri, DIG TV Channel.
Sudah pun bersiaran sebanyak episod sejak tiga episod, Santai With DIG dijangka mempunyai 13 episod kesemuanya dan akan ditayangkan setiap Jumaat jam 8.30 malam.
“Tagline yang kami gunakan ialah Syok, Santai dan Sempoi. Konten yang diketengahkan tidak langsung melibatkan produk atau yang seumpama dengannya. Ia lebih kepada perkongsian serta motivasi yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang. Sesiapa sahaja boleh tengok dan ambil input.
“Sebelum ini saya pernah jadi hos di RTM selama dua tahun menerusi rancangan Feminin. Jadi mengapa tidak sekarang yang mana semua orang sudah boleh wujudkan saluran sendiri di YouTube. Saya ambil peluang itu.
“Bukanlah saya nak syok sendiri, tetapi saya sudah terbiasa berikan ceramah motivasi, buat seminar dan sebagainya. Lalu timbul idea untuk angkat ia dalam versi digital pula.
“Santai With DIG ini menjadi medium untuk kami berkongsi tentang apa yang kami ada kepada penonton. Konsepnya cukup santai dan bersahaja.
“Mungkin orang dekat luar tengok saya ala-ala macam sopan baik, tapi jangan tak tahu rupanya saya seorang yang santai dan easy going. Kiranya saya cabar dirilah juga.
“Sebab itu, saya beratus kali tanya suami mengenai perkara ini. Betulkah apa yang saya buat ni, yelah saya tak mahu orang lihat saya pada sisi sama saja. Saya pun faham, biasanya untuk program di YouTube ini kalau konsepnya lebih santai mudah untuk tarik perhatian penonton,” katanya lagi.
Pada masa sama, Ira turut berhasrat untuk menjemput beberapa selebriti popular sebagai panel jemputan di dalam episod yang akan datang. Dia ditemui dalam majlis minum petang Aura Seri by DiG di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Produk terkininya, aromaterapi Aura Seri by DiG juga sudah pun dilancarkan dan dijual pada harga RM99 di Semenanjung Malaysia, boleh didapati dari stokis sah produk berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!