Bergelar anak seni, kehidupan para selebriti sudah pastinya menjadi perhatian pelbagai pihak meskipun selepas berumah tangga.
Apa yang menariknya, anak-anak mereka juga turut terkena tempias dek kerana populariti yang mereka miliki. Kata orang, anak-anak melambangkan keperibadian ibu bapa.
Lantaran itu, ini MH bawakan 10 fesyen paling manarik para selebriti bersama anak-anak mereka.
Keputusan mahkamah pada Selasa lalu telah menolak rayuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mula menjalani hukuman penjara pada Rabu, Najib juga didenda sebanyak RM210 juta di atas kesalahan tersebut.
Pelbagai reaksi yang diberikan rakyat Malaysia berhubung isu tersebut dan antara yang menarik perhatian sudah tentunya status yang dimuat naik anak tiri Najib iaitu Datin Azrene Ahmad yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Azrene berkata dia seorang yang percaya kepada sistem perundangan negara selain berpegang teguh kepada prinsip, seorang pemimpin perlu menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti dan amanah.
“Saya tidak akan bercakap banyak. Sebagai seorang yang percaya kepada sistem perundangan, saya berpegang teguh dengan prinsip jika anda sebagai seorang pemimpin, anda memegang satu amanah dan tanggungjawab yang sangat besar.
“Ia adalah satu beban yang berat untuk dipikul, disertai dengan penuh bermaruah, berintegriti dan perlu dihormati sepanjang masa.
“Bila anda dah melanggar tanggungjawab dan amanah yang diberikan, ia sudah terlambat.
“Anda mungkin kata anda tidak bersalah namun jika bukti sudah jelas dan nyata, anda harus terima akibatnya,” tulis Azrene.
Dalam perkongsian yang sama, Azrene turut menzahirkan perasaan bangga dengan keputusan yang dibuat panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
“Saya bangga dengan panel lima hakim diketuai Yang Arif, Tengku Maimun.
“Mereka menjalankan tugas dengan menilai segala bukti-bukti yang dibentangkan kepada mereka. Keputusan yang diberikan mereka bersama adalah sangat tepat.
“Saya bangga mereka tidak membenarkan mahkamah menjadi suatu tempat boneka dan integriti sistem perundangan serta kehakiman negara masih lagi terlindung dan terpelihara daripada anasir sebegitu,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Azrene mendirikan rumah tangga dengan Fazley pada 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.
Foto: Instagram Datin Azrene Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tujuh hari Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan namun menurut Angkatan Tentera Malaysia, kira-kira tiga juta rakyat masih gagal mematuhi peraturan.
Pelakon Zila Bakarin berkongsi beberapa rakaman video menunjukkan keadaan yang sedang berlangsung di India sejurus selepas Perdana Menteri, Narendra Modi, mengumumkan perintah berkurung.
Setiap individu yang keluar dihambat dengan rotan demi memastikan perintah berkurung dapat dilaksanakan dengan berjaya demi mengurangkan risiko wabak Covid-19.
“Ni kat INDIA.. sehari je lockdown dah cenggini.. klu kat m’sia???… kompom byk bunyi… paham tak.. kt ni pun dah mals ddk umah.. org cam sy ni.. tak keje tak de duit… paham la rakyat MALAYSIA 📣📣📣#stayathome
A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on
Rata-rata netizen menyarankan agar kerajaan lebih bertegas bagi mengelakkan tragedi yang sama berlaku di Itali.
Sehingga kini, kes kematian akibat wabak COVID-19 meningkat ke angka-15 selepas seorang lelaki yang merupakan kes ke 1519 dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 5.35 pagi tadi.
Foto : Instagram Zila Bakarin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wany Hasrita mengakui dirinya percaya rezeki dan positif meski tuah tidak menyebelahinya untuk sekali lagi menggenggam trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) baru-baru ini.
Tahun lalu, bintang yang baru sahaja muncul menerusi single duet bersama Datuk Jamal Abdillah berjudul Belenggu Rindu itu dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, mengetepikan calon kegemaran lainnya.
“Menang atau tidak itu adatlah di dalam sesebuah pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain.
“Mungkin tahun depan rezeki saya balik, kalau tahun ini tidak berjaya ada yang lagi baik untuk saya, insyaAllah.
“Jadi saya percaya Dia ambil sesuatu dari kita untuk berikan yang lebih baik. Saya positif,” katanya yang mengakui dirinya tidak pernah meletakkan harapan tinggi andai dicalonkan menerusi mana-mana anugerah.
Mengulas mengenai kemenangan Mira Filzah yang meraih lebih enam juta undian peminat lalu dijulang sebagai bintang paling popular, Wany menyifatkan selayak bintang berusia 26 tahun itu diberikan pengiktirafan.
“Bagi saya Mira layak atas kemenangannya itu. Akhir-akhir ini pun peminat dapat lihat dia punya banyak naskhah lakonan dan pengacaraan.
“Bagi saya setiap individu tu, Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing,” jelasnya lagi kepada MH.
Tahun lalu, Wany meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan lebih dua juta undian, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya ketika itu, Khai Bahar.
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.