1. Datuk Neelofa Meninggal Dunia
Datuk kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa telah kembali ke rahmatullah pada 11:20 malam di sebuah hospital Kota Bahru, Kelantan.
Dalam perkembangan lain, jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Lemal.
2. Nabil Buka Mulut Pasal DSV Hutang RM30,000
Pengacara dan pelawak, Ahmad Nabil telah membuka mulut berhubung isu hutang tunggakan dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sebanyak RM30,000.
Bagaimanapun, DSV setakat ini tidak mengendahkan akan hal itu.
3. Tahniah! Anak Norman Hakim Ungguli Anugerah Hafal Qasidah Burdah
Anak kepada pelakon Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telah menggunguli anugerah hafazan Qasidah Burdah Al-Busiri di Kuala Lumpur.
Kenangan indah itu turut dikongsikan Norman melalui akaun Instgaramnya.
4. Puteri Sarah Liyana & Suami Pergi Umrah
Meskipun sedang sarat mengandung lima bulan, namun pelakon Puteri Sarah Liyana berangkat mengerjakan umrah bersama suaminya, Syamsul Yusof dan anak sulung mereka, Syaikhul Islam.
5. Datin Alyah Mohon Maaf
Penyanyi Datin Alyah telah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kelakuannya, baru-baru ini (berkongsi luahan perasaannya di ruangan IG storynya yang menimbulkan persoalan orang ramai) mengenai status rumah tangganya.
Menerusi Instagramnya, setiap manusia di atas muka bumi ada ‘hari terburuk’ mereka dan sedar akan segala sikapnya yang menjadi perhatian netizen sejak beberapa hari lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI