
Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kesedihan seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang telah bertarung nyawa selama tiga minggu di hospital.
Namun, kegagalan organ dalamannya itu menyebakan arwah menghembuskan nafas terakhir jam 9:41 malam pada Isnin.
Jadi, MH recap antara kisah yang pastinya membuatkan rakyat Malaysia mengalirkan air mata terhadap pemergian Wira Merah Malaysia.
1.Kronologi Kematian Muhammad Adib.
Segalanya bermula pada 28 November lalu…
Artikel penuh di :
2. Impian Bergelar Raja Sehari Musnah
Seperti yang dirancang, mereka (Adib dan tunangnya, Nur Najiha) akan berkahwin pada 22 Disember ini (Sabtu) di Alor Setar, Kedah.
Artikel penuh di :
3. Arwah Muhammad Adib Pemalu Orangnya…
Seorang sahabatnya, Azizul Asri telah berkongsi video yang memaparkan gelagat arwah yang malu-malu kucing ketika memotong kek harijadinya.
Artikel penuh di :
4. Antara Selebriti Yang Titip Doa Buat Pemergian Muhammad Adib.
Berita kematian Adib amat meningalkan kesan kepada rakyat Malaysia.
Selebriti juga turut titip doa buat arwah.
Artikel penuh di :
Arwah Adib sudah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kedah jam 1:45 tengahari pada Selasa.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Macam Anime,”- Pakai Mini Skirt & Stokin Jarang, Nadia Brian Di Tokyo, Jepun Dapat Pujian

Ketika ini, pelakon Nadia Brian sedang berliburan di Tokyo, Jepun.
Lantas, momen indah di ‘negara matahari terbit’ itu, dikongsikan Nadia di akaun Instagramnya.
View this post on InstagramKoniciwa ?? Makeup: @iamjijaanuar , hairdo: @hafiztaharim , styling @aju_ahmad ❤️❤️❤️
A post shared by Nadd? (@nadia.brian) on
View this post on InstagramKoniciwa ?? Makeup: @iamjijaanuar , hairdo: @hafiztaharim , styling @aju_ahmad ❤️❤️❤️
A post shared by Nadd? (@nadia.brian) on
Gambar tersebut melihatkan Nadia mengenakan baju ala-ala anime, mini skit dan stokin jarang berwarna hitam.
Pelakon berusia 28 tahun itu juga ada berkongsi video yang memaparkan gelagat Nadia yang sedang berjalan di tengah-tengah kota raya itu.
View this post on InstagramWe can’t waste time worrying about what if ❤️
A post shared by Nadd? (@nadia.brian) on
Menerusi ruangan komen pula, netizen memuji kecomelan pelakon Cinta Tanpa Henti itu.
Foto/Video : Instagram Nadia Brian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Hargai Muzik Kami, Jadi Main Saja,” – ‘All Out’ Jual Tiket Konsert, Drama Band Tak Malu Buat Busking, Termasuk Di Lorong Belakang

Vokalis Drama Band, Aepul Roza mengakui dia dan anggota kumpulan lain tiada masalah untuk membuat persembahan di mana-mana lokasi termasuk busking (muzik jalanan) jika ia mampu memdekatkan muzik mereka kepada pendengar.
Aepul yang ditemui ketika mengadakan persembahan secara busking di tapak perniagaan Lorong Belakang di Shaftsbury Square, Cyberjaya pada Jumaat, berkata, konsep persembahan sebegitu dianggap seronok selain orang ramai dapat menikmati muzik mereka secara dekat.
“Dari awal kemunculan lagi sehingga sekarang sudah 14 tahun, ini memang cara kami bawa diri. Memang tak pernah menganggap diri kami sebagai selebriti besar. Kami sebenarnya rasa sangat dihargai apabila ada orang yang mengenali dan menyanyi bersama lagu Drama Band.
“Kami juga sentiasa sedar apa yang dibuat ini (busking) juga satu kerja. Sebab itu kami tak kisah menyanyi secara busking atau di tepi jalan. Disebabkan ada yang menghargai muzik kami, jadi main saja. Memang tiada masalah.
“Macam di Lorong Belakang ini pun, konsep yang lebih kurang sama. Kami suka sebab betul-betul dapat bertemu bertentang mata dengan orang ramai dan peminat yang menyokong kerjaya kami selama ini. Sebab tanpa mereka Drama Band tidak akan sampai ke tahap sekarang,” katanya.
Sesi busking juga adalah sebagai antara rangka promosi untuk menjual tiket Konsert The Hardest Malam Drama yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan.
“Sepanjang minggu ini, kami tanpa henti keluar busking untuk promosikan konsert. Setakat ini sudah 70 peratus tiket terjual, jadi ada baki 30 peratus saja lagi.
“Kami sebenarnya sangat berterima kasih kepada Alha Alfa Cosmetics sebab sudi bekerjasama dengan kami.
“Jadi, yang baki ini kami cuba jual dengan buat busking. Memang kami bagi harga yang istimewa. Pendek kata, kami nak bagi konsert ini ‘full house’.
“Sebanyak 23 lagu kita akan persembahkan di konsert nanti dan Insya-Allah, isteri saya, Leez Rosli dan rakan penyanyi, Putera Muhammad juga akan turut membuat persembahan di konsert kami nanti,” katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Youth Ventures Asia yang juga penganjur tapak Lorong Belakang Hanif Marzuki, 30, berkata, kumpulan itu memang satu-satunya pilihan mereka untuk dibawa menjayakan persembahan di sana.
“Kali terakhir acara sebegini pernah dibuat Datuk Sudirman di Chow Kit Road, tapi ketika itu dia datang nyanyi. Selepas itu tak ada lagi. Jadi, macam mana kami boleh bawa Drama Band adalah selepas mereka muncul di podcast dan menyuarakan hasrat untuk buat persembahan sebegini sambil nak jual tiket.
“Sebenarnya, Drama Band memang satu-satunya pilihan kami untuk dibawa ke Lorong Belakang. Sebab ini pertama kali buat macam ini. Kalau pentas pasar malam di sini boleh bawakan Drama Band, bermaksud band lain pun boleh juga. Alhamdulillah, sambutan penonton sangat ‘happening’.
“Kehadiran Drama Band ini juga menaikkan lagi imej pentas Lorong Belakang. Kebanyakan yang buat persembahan sebelum ini busker biasa. Dua bulan lepas kami panggil sekolah seni untuk buat persembahan. Sekarang panggil artis.
“Idea untuk pelbagaikan. Bukan setakat band ternama, tapi kami pernah juga panggil pelajar Aswara. Kita nak tengok pentas ini boleh buat apa saja muzik. Pada akhirnya Lorong Belakang adalah budaya kerana pasar malam adalah budaya kita. Jadi, kami nak pelbagaikan artis, muzik dan genre,” katanya.
Menurutnya, dianggarkan antara 10,000 sehingga 15,000 pengunjung direkodkan pada setiap minggu yang datang dari seluruh negara dan Lorong Belakang beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad.
“Lorong Belakang ini sudah beroperasi sejak 2019 lagi, namun ketika pandemik melanda negara ia terhenti. Malah, selepas semua aktiviti kembali beroperasi tapak ini masih belum mendapat sambutan. Ketika itu ia berlangsung pada awal dan hujung bulan dengan pembabitan antara lima hingga lapan vendor saja.
“Selepas itu, dengan kerjasama penuh Shaftsbury Square, kami terus melancarkan Lorong Belakang ini yang kini berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad pada setiap minggu dan dibuka sehingga jam 12 malam.
“Apabila semakin mendapat perhatian dan tular di media sosial, bukan saja pengunjung yang bertambah tapi jumlah peniaga pun semakin meningkat,” katanya.
Menariknya juga, Lorong Belakang turut memberi peluang kepada pelajar universiti di sekitar Cyberjaya untuk bekerja secara sambilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Ada Hutang RM500,000 & Bergadai Demi Cari Ilmu…Dr Raihana Dalam Sebak Cerita Penghidap Disleksia Juga Boleh Sukses!

Pengasas syarikat Efferty International Sdn. Bhd. (Efferty), Dr Raihana Ismail membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui dia menghidap disleksia ketika berusia enam tahun.
Malah akui Dr Raihana, dia paling lembab (slow learner) dalam pelajaran dalam kalangan adik-beradiknya yang lain.
“Sebenarnya ada sebab kenapa saya selalu duduk di depan ketika mengikuti sesi di Richworks. Sebab masa kecil, saya slow learner. Waktu itu saya ada masalah disleksia. Antara adik beradik, saya yang bangga bila orang tanya dapat nombor berapa dalam kelas.
“Saya cakap dapat nombor 28 sebab nombor itu banyak. Bukan bermaksud saya bangga sebab tak berjaya. Cuma saya tak faham lagi pada ketika itu.
“Jadi apa yang ibu bapa saya terapkan adalah menyuruh saya duduk paling depan ketika dalam kelas. Mereka cikgu. Kakak-kakak saya semua pandai. Saya masuk darjah tiga baru pandai mengira. Kemudian berjaya dalam UPSR. Berkat duduk depan.
“Abah saya adalah cikgu disiplin jadi dia latih saya untuk sentiasa menepati masa. Dulu, saya pernah bercita-cita nak jadi artis. Saya nak menyanyi dan berlakon.
“Tapi apabila tengok kakak-kakak jadi doktor, terus berubah fikiran sebab mak mesti lagi bangga (jadi doktor). Budaya (culture) dalam keluarga sendiri yang mengubah diri saya,” katanya.
Dr Raihana menjelaskan perkara tersebut menerusi saluran sesi podcast Apa Cerita? di YouTube, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Dr Raihana memulakan kerjaya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dari 2010 hingga 2012 sebelum ke Hospital Hulu Terengganu sebagai Ketua Ward Obstetrik dan Ginekologi.
Manakala pada tahun 2015, Dr Raihana menjawat sebagai Pakar Am dan Pengarah dengan menubuhkan Klinik Raihana di Dungun, Terengganu melalui tajaan Mara.
Namun, klinik tersebut hanya bertahan selama empat tahun sehingga tahun 2019 kerana Dr Raihana akui ketika itu dia tiada ilmu dalam perniagaan dan keusahawanan.
Dedah anak ketiga ini, dia terpaksa menanggung kerugiaan sebanyak RM500,000 selain hampir diisytiharkan muflis pada akhir tahun 2018.
“Bila saya dah buka klinik, saya minta suami berhenti kerja untuk menjaga anak. Cabaran saya ketika itu adalah saya sebagai doktor dan dalam masa sama, saya juga yang menguruskan klinik. Ilmu perniagaan memang tiada. Leadership pun tiada.
“Saya berhutang waktu itu mencecah RM500,000. Perasaan saya memang kecewa dan hampa.
“Suami bantu cari jalan untuk menyelesaikan (hutang), dia pinjam duit dengan kawan-kawan. Namun, masih belum boleh tampung kerugian.
“Akhirnya, saya nekad untuk menutup klinik sulung dan menjual dengan harga RM250,000,” ceritanya.
Kata Raihana, dia mula belajar memahami tentang diri sendiri, membetulkan misi, hala tuju dan impian yang ingin digapai ketika mengikuti beberapa sesi kelas anjuran Richworks.
Malah dia terpaksa bergolok-gadai atas kekakangan kewangan demi ilmu selain yuran kelas yang mahal.
Tambah wanita yang pernah tiga kali keguguran ini juga, dia mendidik diri untuk sentiasa bersedekah.
“Dulu sewaktu di klinik Raihana, sejujurnya saya tak bayar zakat. Saya tak tahu macam mana nak kira masa itu.
“Sekarang, saya selalu sedekah. Saya berpegang dengan kata-kata, ‘sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain.’
“Kalau dapat keuntungan, kena sedekah dan bayar zakat. Alhamdulillah, bulan pertama Efferty, kami mendapat hasil jualan sebanyak RM500,000,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Raihana, 39, menyatakan dia berhasrat untuk membuka sebuah madrasah di samping ingin membantu 1 juta pasangan suami isteri mendapatkan cahaya mata.
“Visi Efferty ini sebenarnya nak bawa kebahagiaan kepada kehidupan manusia lain. Kebahagiaan itu tak semestinya menimang cahaya mata saja.
“Contohnya, kalau bantu dia untuk mendapatkan kerja, itu sudah membawa kebahagiaan juga.
“Visi kami besar iaitu nak membina yayasan sendiri untuk pembinaan madrasah. Itu yang saya berdoa di depan Kaabah baru-baru ini.
“Saya kata, ‘Ya Allah Ya Tuhanku, percepatkanlah perjuangan aku nak bantu 1 juta pasangan menimang cahaya mata dan percepatkanlah aku membuka madrasahmu,’” katanya lagi.
Serentak dengan itu, perkongsian Dr Raihana nyata menuai komen-komen positif daripada warganet yang rata-ratanya kagum serta terinspirasi dengan kisah hidup yang diceritakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI