Dilamar menjadi salah seorang penyampai baharu stesen radio Era FM, Fazziq Muqris berharap dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan itu dengan sebaik mungkin.
Bergandingan dengan Munabella, pasangan itu akan bersiaran dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam menghiasi slot Daebak Era.
Bercerita lanjut mengenai tawaran berkenaan, Fazziq menjelaskan, dia menerima pelawaan tersebut untuk menyahut cabaran baharu dalam bidang seni yang diceburinya.
“Saya tak pernah terfikir nak jadi penyampai radio dan tiba-tiba dapat peluang… syukur Alhamdulillah.
“Kalau tak grab peluang ini, rasanya macam sia-sia sahaja sebab saya fikir untuk masa depan.
“Walaupun saya tiada apa-apa pengalaman, tapi saya cuba untuk belajar dan memang banyak saya ilmu yang saya dah belajar daripada Muna,” katanya kepada MH.
Fazziq ditemui pada majlis pengumuman penyampai dan slot baharu Era yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Genap berusia 22 tahun pada 29 Jun lalu, Fazziq juga berkata dia lebih selesa menggendalikan semua urusan kerjayanya tanpa menggunakan khidmat pembantu peribadi (PA).
“Saya uruskan kerjaya sendiri tanpa bantuan PA atau syarikat pengurusan sebab saya nak rasa kesusahan (urus kerjaya sendiri).
“Umur 22 ni bagi saya kita kena rasa kesusahan dahulu… jadi ambil cabaran ini cuba untuk uruskan sendiri perjalanan karier seni saya.
“Buat masa ini, memang waktu malam saya akan berada di studio dan untuk lakonan pula memang ia merupakan hobi saya.
“Sekarang pun saya sedang menjalani penggambaran drama siri terbaharu, Projek High Council.
“Saya suka berlakon sebab ia tunjukkan skil bagaimana caranya kita untuk bermain di hadapan kamera dengan pelbagai karakter yang telah diberikan kepada kita,” katanya lagi.
Nama Fazziq kian dikenali selepas memenangi tempat ketiga pertandingan Hero Remaja 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mempersoalkan ketahanan mental anak muda generasi baru yang disifatkan lemah dan mudah tertekan, tegas Rozita Ibrahim, pada zaman dahulu, anak muda tiada hiburan, namun berjaya melahirkan insan yang survival.
Jelasnya lagi, sejak kecil dia sudah dilatih ilmu kehidupan dan rumah tangga, namun tiada istilah mental atau tekanan yang dihadapi, berbeza dengan anak muda zaman sekarang.
“Gambar ni rumah kri, sy x mewah macam dia sekadar renungan tabik sgt generasi dizaman 60an , kami anak generasi survival yg multi task walau xsekolh tinggi ..campak mana pun hidup..!!
“Sy selalu fikir Anak2 zaman dulu didera mentalnya ..!! Macam mana boleh tahan yer..??
“Sy X keluar rumah ..xda hiburan ..tv radio pun xda …hanya dgn tanaman dan binatang hiburan hati..fesyen2 mmg xda ..!! Sy mahir masak dn sifat wanita urus rumah tangga melyan mak ayah sejak umur 12 tahun,” tulisnya.
Ulas pengasas Rumah Hutan ini lagi, generasi kini sangat bertuah kerana dihidangkan dengan pelbagai aktiviti dan hiburan, namun malangnya ramai yang tidak bersyukur.
“Tak ada pulak kena depresion atau sakit mental..Sedangkan anak zaman sekarang jauh lebih bertuah yang penuh dengan aktiviti di sekolah dan hiburan tapi masih merunggut tertekan dengan keluarga..!! Bunuh diri, lari rumah..bercinta muda2 “ sy rasa aneh ”
“Kemahiran urus rumah, pertanian atau alam mmg lngsung tak tahu..yg mahir hanyalh media sosial dn artis korea , melancong dll..?? Ketahanan mental lemah gara2 xlatih kedunia realiti sbb khayal lemah gara2 gajet “ angan banyak isi tak ada “
“Betul kata nabi kita akhir zaman “ ibu bapa akn takut dgn anak2nya,” kongsinya panjang lebar.
Meski terpaksa berdepan pelbagai cabaran, pengarah muda, Kyle A Halim tetap meluahkan rasa syukur selepas filem pertamanya yang berjudul, The Disappearance Of Irdina Adhwa kini telah pun berjaya ditayangkan.
Menurut Kyle, antara cabaran yang harus ditempuhinya adalah untuk mengumpulkan barisan kru di Kuala Lumpur memandangkan dia hanya datang seorang diri daripada negeri asalnya, Sabah.
Katanya lagi, pengalaman bekerja dengan rakan-rakan baharu menjadikan dirinya lebih berani untuk berinteraksi dengan orang ramai.
“Cabaran terbesar adalah mencari kru yang berada di Kuala Lumpur. Ini kerana tiada sesiapa yang saya kenal.
“Saya pula datang dari Sabah, tetapi Alhamdulillah, dengan rezeki diberi, akhirnya bertemu juga kru yang berwibawa dan suka bekerja dengan saya.
“Sebagai penerbit dan pengarah, saya sebenarnya agak pemalu mahu bersuara. Namun, saya banyak atasi kekurangan ketika penggambaran filem,” katanya menerusi kiriman Whatssapp.
Katanya lagi, akibat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa akur apabila lokasi pengambaran tidak dapat berjalan sepenuhnya di Sabah.
Namun, latar belakang dan dialek Sabah tetap dikekalkan meskipun lokasi pengambaran berlangsung di Melaka.
“Saya berpuas hati dengan karya pertama ini, cuma kesal tidak mampu melakukan penggambaran sepenuhnya di Mesilau, Kundasang.
“Dialek Sabah juga turut dikekalkan. Saya kagum dengan usaha para pelakon yang mampu melontarkan dialog dengan baik
meskipun agak panjang lebih-lebih lagi bila melibatkan situasi yang agak kritikal,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Kyle turut mengakui dia berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk turut sama menghadiri majlis tayangan perdana filem The Disappearance Of Irdina Adhwa kerana dia telah dilaporkan positif Covid-19.
Sekadar informasi, filem bergenre seram thriller ini mengisahkan mengenai sekumpulan remaja yang baru sahaja menamatkan pengajian lalu memutuskan untuk bercuti bersama di sebuah banglo yang terletak di kawasan pendalaman.
Kegembiraan mereka terhenti selepas mengetahui ada individu yang sedang memburu mereka.
Filem ini menampilkan Alicia Amin sebagai watak utama selain turut dibarisi pelakon-pelakon hebat lain seperti Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Nellisa Nizam, Nafiz Muaz dan ramai lagi.
The Disappearance Of Irdina Adhwa bakal ditayangkan bermula 24 Februari ini secara langganan menerusi saluran Astro First.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir lima tahun bergelumang dalam dunia seni suara, Aisha Retno akhirnya tampil dengan album studio pertamanya berjudul Rehab, yang menggambarkan perjalanan penuh jatuh bangun sebagai seorang penyanyi profesional.