Eh tiba-tiba sahaja, MH terdengar berita pelawak yang dikenali ramai ini bakal menamatkan zaman bujangnya. Betul ke?
Kami difahamkan lagi majlis ini akan diadakan pada 8 Disember akan datang. Kami tahu, pasti ramai yang ingin mengetahui profil gadis tersebut bukan?
Buat masa ini Abam juga belum mendedahkan bakal isterinya kepada umum namun sumber mengatakan orangnya cukup cantik. Wah bertuahnya!
Menurut sumber, gadis ini bukanlah gadis yang sama pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. Sebaliknya, gadis ini merupakan kenalan lama yang terputus hubungan dek kesibukan kerja.
Ads
MH tertarik apabila Abam tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mengenali gadis ini. Walaupun hubungannya baru sahaja terjalin semula namun Abam sudah berani untuk merancang untuk berkahwin
Di kesempatan ini, MH ada mengintai akaun Instagram Abam dan mendapati dia ada berkongsi keratan akhbar bercerita tentang niatnya.
Apa yang mengembirakan, Abam tidak menafikan perkara ini malah mengesahkan dengan menulis “husband to be.” Pasti hatinya sedang berbunga-bunga.
Ads
Perkongsian itu telah menarik lebih 89 ribu likes dan dihujani ribuan ucapan daripada peminatnya.
Bagai menyambung sebuah perjalanan, itu juga yang dilalui oleh Aufahanie apabila secara rasminya melancarkan lagu Saat Hilang Cintamu pada 17 November lalu.
Lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah itu bukan sahaja dinyanyikan semula tetapi turut mendapat susunan muzik baharu oleh Ajai yang juga pencipta lagu berkenaan.
Peluang yang diberikan pastinya menjadi kesempatan terbaik buat Aufahanie, 20, lebih-lebih lagi lagu tersebut juga menjadi antara lagu kegemarannya sejak dahulu.
“Memang ini merupakan satu penghormatan buat saya apabila dapat kembali ke studio dan merakamkan semula lagu berkenaan. Menariknya, susunan muzik kali ini lebih ‘segar dan besar’ membuatkan lagu ini ada keistimewaan tersendiri.
“Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu penghormatan kepada orang baru seperti saya untuk bekerjasama dengan komposer hebat dan ternama.
“Setidaknya saya berpeluang ingin menunjukkan sesuatu kepada pendengar menerusi Saat Hilang Cintamu,” katanya.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar berkata demikian pada Sidang Media Saat Hilang Cintamu Di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, idea merakamkan semula lagu ini tercetus apabila syarikat rakaman Indigital Music mahukan Aufahanie menyanyikan semula lagu ini, bersempena ulang tahun kedua pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos lalu.
Lalu untuk memberikan kelainan, pihak pengurusan ada meminta khidmat Ajai selaku empunya lagu berkenaan untuk mengiringi nyanyian Aufahanie dan video berkenaan mendapat sambutan luar biasa pendengar yang mahukan versi studio diterbitkan.
“Memang banyak cabaran yang perlu dilalui semasa proses rakaman berlangsung meskipun lagu ini sudah ada. Apabila berada di dalam studio, ada perkara baharu yang perlu dipelajari dan itu merupakan proses yang harus dilalui,” kata finalis Big Stage 5 ini lagi.
Malah Ajai turut bercadang untuk menerbitkan single baharu sebelum menghasilkan album penuh untuk Aufahanie sebaik sahaja tamat program berkenaan.
Sebagai langkah pertama, Saat Hilangnya Cintamu dikeluarkan dahulu sementara menantikan lagu baharunya.
Jelas Ajai, dia melihat kesungguhan dan kelebihan yang ada dalam diri gadis berkenaan serta percaya dia mampu menjadi seorang penyanyi yang baik pada masa hadapan.
“Untuk menjadi seorang penyanyi yang baik, mereka perlu mempunyai ilmu dalam beberapa aspek untuk menghidupkan lagu.
“Saya melihat Aufahanie ada ciri-ciri yang diperlukan dan tidak mustahil untuk dia menjadi lebih ‘besar’ pada masa hadapan.
“Aufahanie bukan sahaja tahu tentang teknikal untuk menyanyi tetapi juga dia berjaya menghidupkan semula Saat Hilang Cintamu dengan versi sendiri tanpa mengikut cara Allahyarham Siti Sarah menyanyi.
“Semua orang boleh menyanyi tapi tak semua mampu menjadi penyanyi yang baik. Saya yakin sekiranya dia berada di landasan yang betul, dia akan menjadi penyanyi yang evergreen pada masa hadapan,” kata Ajai.
Untuk rekod, Saat Hilang Cintamu merupakan salah satu lagu yang termuat dalam album Mimpi Pun Sama yang dikeluarkan Siti Sarah pada 2003. Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik pula ditulis oleh Musrad.
Untuk versi Aufahanie pula, Indigital Music bekerjasama dengan Wake The Baby Records sebagai penerbit bersama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada Siti Nordiana menerusi Instagram Live (IG Live), penyanyi Syura, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G bersama pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin menyerahkan tindakan susulan kepada peguam mereka untuk tindakan selanjutnya.
Dalam satu kenyataan kepada media, kelima-lima mereka telah mengambil maklum tentang notis tuntutan yang dibuat Siti Nordiana melalui peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.
“Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang telah diambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami berlima.
“Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam kami untuk tindakan selanjutnya. Apa-apa tindakan atau respon yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami,” kata mereka.
Terdahulu, Siti Nordiana, 36, (Nana) pada 23 Julai lalu telah memberi tempoh 48 jam kepada lima individu terbabit untuk membuat permohonan maaf berhubung isu berkaitan dan sekiranya gagal berbuat demikian, pihak Siti Nordiana akan mengambil tindakan susulan.
Nana menerusi peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin sebelum ini telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, berhubung isu namanya dibabitkan dalam Instagram Live lima individu tersebur, baru-baru ini.
Dia bertindak demikian bagi membersihkan namanya daripada dakwaan berbaur fitnah yang jelas boleh menjejaskan nama dan reputasinya.
Malah, Nana turut terkilan apabila permasalahan yang sepatutnya boleh dibincang secara profesional itu dibawa ke mata khalayak dan terpaksa mengambil tindakan tersebut bagi membersihkan namanya dan menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa.
Isu tercetus apabila namanya disebut dalam sesi siaran langsung IG Live yang sertai Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir tiga dekat mewarnai industri seni tanah air, semalam sememangnya merupakan hari yang sangat istimewa bukan sahaja buat band terkenal tanah air, OAG tetapi juga buat peminat mereka.
Sebagai tanda penghargaan serta mengenang perjalanan jatuh bangun band tersebut, Konsert OAG 30 Tahun Generasiku nyata meninggalkan kenangan yang penuh bermakna buat hampir 4,000 penonton yang hadir ke, Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.
Meskipun bermula agak lewat iaitu hampir jam 10 malam, namun, kelibat kumpulan itu sebaik keluar ke pentas mendapat sorakan gemuruh peminat yang memenuhi segenap ruang stadium.
Sebelum memulakan persembahan, vokalis kumpulan OAG, Radhi sempat bermesra dan menyapa dengan peminat apabila memberikan hadiah berupa baju kepada mereka yang duduk di depan pentas.
Membuka tirai persembahan dengan lagu Beautifool, seisi stadium yang dipenuhi segenap lapisan masyarakat tak kira usia muda atau muda nyata telah menggamatkan suasana stadium.
Cukup energetik dan lincah melompat-lompat di atas pentas, usia nyata tidak menjadi penghalang buat Radhi.
Malah, selain berhibur, Radhi juga beberapa kali mengingatkan kepada peminat tentang Allah dan juga mengajak mereka berselawat.
“Only Allah Greatest, OAG,” kata Radhi beberapa kali selain sesekali mengingatkan peminat untuk sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.
Sepanjang dua jam konsert, OAG menghiburkan peminat dengan barisan seleksi lagu ikonik mereka yang lain seperti Name of The Game, Venusia, Dayang, PerMYsuri, Slumber, 60’s TV, Akustatik, Senyuman Ragamu dan Merpati Putih.
Sebagai penutup, kumpulan yang ditubuhkan pada 1992 itu menamatkan persembahan dengan menyanyikan lagu Generasiku buat peminat yang hadir.
Konsert malam tadi menyaksikan OAG dibarisi tiga ahli asal kumpulan iaitu Radhi, Qi Razali (dram), Ivan (gitar) dan Lam (bass) turut membawa barisan anggota lama bergabung di atas pentas.
Mereka ialah Nazrin (bass), Alim (gitar), Naza, Nizam (gitar), Ammal (gitar) dan Yen (bass) serta seorang ahli baharu.
Kumpulan itu turut menjemput beberapa pemuzik gantian terdiri daripada kumpulan Flop Poppy iaitu vokalisnya, Andy dan Bakri Ismail.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...