Haish, macam-macam lah! Baru-baru ini MH ada terlihat satu posting Abam dari kumpulan Bocey yang meluahkan rasa kesal dan sedihnya dia terhadap individu yang tidak bertanggung jawab suka mencemuh orang.

Situasi ini membuatkan MH bersepkulasi apakah yang terjadi sebenarnya? Sebab setahu MH Abam kini sedang berbunga-bunga maklumlah akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi!

Melalui postingnya 19 jam yang lalu, Abam ada berkata dirinya akan tetap berdiri dengan cemuhan, kejian, cacian walaupun mereka tidak mengenali dirinya.

Ads

“Berdiri dgn cemuhan,kejian,cacian walaupon mereka tidak mengenali siapa… itu lumrah dunia…. sentiasa dikawal oleh satu kerajaan tubuh iaitu HATI… dgn HATI mereka mati…dgn HATI mereka memaki…dan dgn HATI mereka menyesali…Kita akan dihitung dgn apa yg kita lakukan…. #kitabaikramaisayang #kesaldengancemuhan #taksukabolehjalan,” tulisnya dengan cukup mendalam.

Ads

Menyedari dan memahami apa yang ingin disampaikan, ramai pengikut Abam turut memberi semangat buat bakal pengantin baru ini.

#MHSpeku: Abam Kena Cemuh Dengan Masyarakat? #MHSpeku: Abam Kena Cemuh Dengan Masyarakat? #MHSpeku: Abam Kena Cemuh Dengan Masyarakat? #MHSpeku: Abam Kena Cemuh Dengan Masyarakat?

Ads

Hmmm, Jujur MH tidak sangka, Abam yang begitu ceria dan comel ini pun ada juga masuka mendengki ya.

Apapun MH harap Abam bersabar dengan apa sahaja yang terjadi. Abaikan segala kata negatif dan terus semangat mengejar cita-cita!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI