#MHSpeku: Dituduh Perli Fazura Dan Fattah, Rita Rudaini Luah Rasa Kecewa

Share

Mudah betul orang sekarang ni untuk membuat anggapan dan andaian apabila membaca status orang lain di media sosial tanpa mengetahui perkara sebenar.

Pelakon wanita popular, Rita Rudaini telah meluahkan rasa kecewanya di Instagram setelah dia dituduh oleh segelintir pihak kerana dikatakan memerli pasangan pengantin baru, Fazura dan Fattah Amin.

Kalau anda masih ingat sebelum ini ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Fazura bahawa sejak mendirikan rumah tangga dia jarang berpisah dengan suaminya dan dia juga sempat bergurau ‘macam mana nak berpisah kalau pergi bilik air pun sudah rindu’ katanya berseloroh kepada sebuah media tempatan.

Spekulasi mula timbul apabila Rita ada memuat naik gambar kucingnya yang bernama Dahlia di Instagram dan meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan haiwan peliharaannya itu.

Nampaknya ramai yang mula menyalah anggap tulisan Rita ini dan mendakwa pelakon ini memerli Fazura.

Rentetan daripada hal ini, Rita tampil di menerusi satu perkongsiannya di Instagram sekali lagi dan meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang diterima.

MH faham apa yang dirasakan oleh Rita, siapa yang tidak sedih dan kecewa bila dirinya dituduh memerli orang lain sedangkan dia sedikit pun tiada niat seperti itu.

Harap-harap spekulasi ini tidaklah diperbesarkan kerana tuan punya badan sudah pun jelaskan apa yang terjadi dan dalam masa yang sama MH juga berharap agar netizen tidak mengaitkan lagi perkongsian Rita sebelum ini dengan isu yang dikaitkan.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

Published by
MH