Sejak semalam kecoh apabila timbul spekulasi pelakon hangat, Fattah Amin dan Fazura yang dikatakan sudah disatukan semalam.
MH ada juga terbaca artkel di Harian Metro, yang mengatakan kediaman nenek Fazura telah dipacak khemah. Malah, ada tetamu yang hadir termasuklah keluarga pasangan itu. Eh majlis apa tu? Sesuatu sangat…
Menurut Metro lagi, kediaman itu dikawal dengan ketat, malah menutup pintu pagar. Katanya lagi, hanya tetamu yang diundang sahaja yang dibenarkan masuk.
Sumber juga memaklumkan Fattah dan Fazura sudah bertunang semalam di lokasi yang sama.
Mengikut tinjauan, di perkarangan rumah terbabit telah dihiasi dengan dekorasi seperti sebuah majlis perkahwinan.
Dilihat juga, pereka fesyen Rizman Ruzaini hadir ke majlis tersebut dan pembantu Rizman enggan mengulas lebih lanjut apabila dihubungi pihak Metro.
Dalam masa sama, mereka juga telah mendapatkan pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau lebih dikenali Acha.
Bagaimanapun, dia juga enggan mengulas mengenai berita khabarnya Fattah telah menamatkan zaman bujang bersama Fazura pada malam tadi.
“Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah,” katanya.
Menurut Acha juga, Fattah kini sedang melakukan persiapan untuk terbang ke Tanah Suci yang dijadual berlepas pagi tadi.
Kalau nak ikutkan perancangan yang tersebar, Fattah dan Fazura dikhabarkan bakal bernikah di salah sebuah hotel yang terletak di Makkah dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.
Hmm tapi tak pastilah sejauh mana kebenaran khabar angin ini kerana semua seperti mengunci mulut dan belum bersedia untuk berkongsi sebarang maklumat. Apapun MH doakan yang terbaik buat mereka berdua!
Sumber : Harian Metro