Sebenarnya MH tertanya-tanya apa status hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli ni.
Terutamanya setelah Kamal menghadiahkan pelakon tersebut seekor kucing yang dipanggil Siti Fatimah Rohana.
Mana tahu kan hubungan yang terputus di tengah jalan kini sudah bersambung kembali?
Baru-baru ini, pelakon, Mawar Rashid ada memuat naik foto dia bersama suami, Raf Yaakob makan aiskrim di laman Instagram miliknya.
“Best dapat makan aiskrim fav dengan hubby love,”tulisnya.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian MH ialah komen Emma di foto tersebut.
“Me and Kamal Adli too! Sedap gila kan?”tulisnya.
Amboi..siap ada aiskrim kegemaran sama tau! Masih ada apa-apa ke?
Mungkin lah Emma maksudkan mengenai aiskrim tapi pada MH macam ada maksud tersembunyi di situ.
Apa-apapun, MH difahamkan bahawa Kamal dan Emma masih lagi berkawan baik. Kalau jodoh kuat antara mereka, MH doakan yang baik-baik sahaja.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Tanya Mana Abg Fad Dengan Abam,” – Achey Ditegur Peminat Cilik, Tak Tahu Abam Telah Meninggal Dunia
Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan pelawak, Achey ada memuat naik sekeping foto bersama peminat cilik.
Namun apa yang membuatkan rasa pilu, peminat kecil ini tidak mengetahui Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari lalu.
Dia bertanyakan kelibat arwah kepada Achey sewaktu bertemu.
“Peminat bocey… dia tanya mana abg fad ngan abam?…aku senyum jee. dia tak sedar bocey tinggal 2… yang dia tau bocey ada 3.
“Bertiga sementara, bocey selamanya… #bocey #kitabaikramaisayang,” tulisnya.
Sebak dengan perkongsian ini. Netizen turut meninggalkan reaksi di ruang komen.
Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Foto : Instagram Achey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Banyak Kali Pesan JANGAN PERGI Tapi Nak Jugak Sebab…,” – Kuatnya Iman Seorang Ibu, Puteri Sarah Liyana Tekad Tunai Umrah Meski Hamil 23 Minggu
Pelakon yang juga isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana ada mendedahkan, keadaannya yang berbadan dua menyebabkan dia diberikan peringatan kepada doktor supaya lebih berhati-hati, lebih-lebih bagi apabila melibatkan aktiviti dan perjalanan jauh.
Malah, situasi tersebut turut didedahkan Puteri Sarah menerusi Instagram. Puteri Sarah dan keluarganya ketika ini berada di tanah suci bagi menunaikan umrah.
“It ain’t easy and extremely tired when u’re 23 weeks pregnant and ur baby is very, very, very clingy Nak2 time solat pun nak berdukung.
“Tapi alhamdulillah suami banyak dukung especially time tawaf, family members yang lain pun tolong jaga syaikhul. Allah permudahkan semua kerana niat nak beribadah.
“Doctor banyak kali pesan JANGAN PERGI tapi nak jugak sebab taknak ketinggalan nak ikut family beribadat sama2. Segala cucuk vaccines ambil sebab timelah ni kita paling fragile (pls take note preggy mums. Persiapkan diri anda ask ur gynae apa vaccines BOLEH & KENA AMBIL. U don’t wanna take the risk pergi empty handed je),” tulisnya.
Puteri Sarah bagaimanapun mengakui dia rasa puas kerana dapat beribadah.
“Penat memang penat, after habis tawaf mesti bagitau suami perut rasa ketat sangat, kaki badan semua sakit and sometimes syaikhul taknak dekat orang lain nak mama dia jugak.
“Adik syaikhul pun boleh tahan. Kicking everytime. Tapi hati puas , happy Allah sahaja yang tau,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) on
Mereka telah pun berangkat ke tanah suci pada 19 November lalu. Semoga kalian mendapat umrah yang mambrur dan dipermudahkan semuanya.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gara-Gara ‘I Love You’ Pada Ayda Jebat, “Saya Salah Seorang Yang Ucapkan, Kenapa Orang Lain Tak Kena Interview?” Tanya Nabil Mahir
Pengacara dan usahawan, Nabil Mahir tidak menafikan dirinya selesa berkawan dengan Ayda Jebat yang kini sering dikaitkan kononnya mereka sedang jalin hubungan cinta.
Enggan nafi atau mengiyakan spekulasi, Nabil bagaimanapun menyifatkan hubungan yang terjalin tidak lebih dari hanya sekadar rakan baik, memandangkan mereka sudah saling mengenali sejak sekian lama.
“Kami sekarang berkawan dan tengah saling mengenali. Kalau ada yang cakap lebih daripada itu, saya tidak ada komen. Cuma buat masa ini, saya lebih senang untuk tidak memperbesarkan hal peribadi.
“Kami sudah kenal lama, cuma rapat boleh dikatakan sejak beberapa bulan lalu. Senang dan selesa berkawan dengannya,” katanya kepada MH.
Menjawab pertanyaan media mengenai video serta foto penyanyi lagu Temberang itu yang sering dikongsikanya menerusi media sosial, bekas hos program HLive ini menjelaskan, bukan hanya hal fasal Ayda yang kerap dikongsi.
“Kalau ada perasan, menerusi Instagram misalnya, apa yang saya buat adalah sama untuk rakan-rakan lain.
“Jadi tiada istilah saya melebihkan dia atau sesiapa. Semua sama saja,” akui Nabil yang turut memberi penjelasan mengenai komen ‘I love You’ yang pernah ditulisnya pada ruangan komen IG Ayda.
“Ya ia mencetuskan pertanyaan ramai, tapi sebenarnya kalau tengok menerusi kapsyen, Ayda cabar orang untuk katakan ‘i love you’. Jadi saya salah seorang yang ucapkannya. Kenapa orang lain tidak kena interview?,” soal Nabil.
Senang dengan sikap dan profesionalisme Ayda dalam kerjaya, Nabil juga mendedahkan dirinya kini mendapat lampu hijau dari keluarga untuk serius dalam dunia lakonan.
Terdahulu, bintang berusia 31 tahun ini ditemui pada Sidang Media Jalinan Kerjasama Antara Digital Content Connection (DCC) dan Ace Pictures di Palace of the Golden Horses, pada Selasa.
Dua syarikat berkenaan bergabung dalam menyediakan dana buat penerbit dan pengarah untuk bekerjasama bagi menjayakan apa sahaja projek perfileman.
View this post on InstagramNabil Mahir buka mulut, perjelas hubungan dengan Ayda Jebat.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI